" Jika gaji kita RM 5000.00 tetapi kita kerja kuat seperti gaji kita RM 20000.00, Allah S.W.T akan berikan beza RM 15000.00 samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.
Jika gaji kita RM 5000.00 tetapi kita kerja malas macam gaji RM 2000.00, kerja banyak kita mengeluh, beza RM 3000.00 itu Allah S.W.T akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpanya."
Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat ' Give More'.
Firman Allah di dalam Al-Quran pun ada menyatakan bahawa Allah sukakan umatNya bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang baik. Wallahualam