Di ufuk barat
membenamkan wajah... perlahan-lahan
sedetik lagi diufuk timur
mula membening fajar Ramadhan
Marhaban Ya Marhaban Ramadhan !!!
Marhaban Ya Marhaban Ramadhan !!! Marhaban Ya Marhaban Ramadhan !!!
Semusim berlalu
tatkala ku tangisi kepergianmu
kini kau hadir semula
menyapa dalam syahdu
sedang aku... masih berteleku
dihujung munajat panjang
doa ku himpun terkabul jua
lalu aku terkesima
didalam simpuh yang jenuh
tatkala masih diberi usia ehsan
melimpah dariMu
Dua belas purnama berlalu sudah
terasa bagaikan
kita tak pasti bersua semula.....
masih basah dalam ingatan
tatkala mahu berpisah dulu
rebas air mata tergugur
dalam doa kudus
agar Kau terus memberi belas
dipanjangkan usia buatku
yang tak sanggup berpisah dengan mu Ya Ramadhan
sentiasa mendetik dalam rasa nubari
yang mencengkam bahawa Ramadhan mungkin tidak akan ku temui lagi.....
No comments:
Post a Comment