Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai dia dalam diam
kerana diammu adalah salah satu bukti cinta padanya
kerana memuliakan dia dengan tidak menjalin hubungan yang terlarang
Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai dia dalam diam
kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hati
kerana ia dapat menghindar diri dari perkara yang merosakkan
Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai dia dalam diam
kerana diammu adalah bukti kesetiaan
kerana mungkin orang yang kau cintai adalah orang yang Allah pilih untukmu atau sebaliknya
Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai dia dalam diam
kerana diammu tersimpan kekuatan
kerana diammu tersimpan harapan
Jika cinta diammu tidak berbicara didunia nyata .. biarkan ia tetap diam
menjadi memori tersendiri di sudut hati
menjadi rahsia antara kau dan yang Maha Mengetahui
Cukup cintai dia dalam diam
Cukup cintai dia dari kejauhan
Cukup cintai dia dengan kesederhanaan
Cukup cintai dia dengan keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
No comments:
Post a Comment