Dengan nama Mu Ya Allah, tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang... Hanya kebaikan yang kami dambakan di setiap celahan ketetapan yang telah Engkau rencanakan... Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami.... serta bagi insan-insan disekeliling kami... Semoga kebaikan dan keberkatan dari rencanaMu menyebar dan dirasai setiap jiwa-jiwa yang beriman... Permudahkanlah jalan kami dalam melusuri setiap rencana yang kau tetapkan Ya Allah......

Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia

23/04/2013

11 Orang Yang Mendapat Doa Malaikat

  1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
  2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
  3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
  4. Orang yang menyambung saf solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
  5. Para malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
  6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
  7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
  8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
  9. Orang yang meng'infak'kan hartanya.
  10. Orang yang sedang makan sahur.
  11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

18/04/2013

SUAMI

Suami adalah anugerah Allah kepada wanita yang bergelar isteri. Ia hanya dipinjamkan dalam suatu tempoh yang telah ditetapkan Tuhan. Entah bila berakhirnya. Mungkin esok atau lusa. Entahkan sebentar lagi...

Ambillah peluang di masa terluang untuk menghidangkannya walau secawan kopi dengan penuh keikhlasan di hati.

Berapa ramai wanita di luar sana yang tidak mempunyai peluang itu. Berapa ramai juga yang telah terlepas peluang itu.

Sungguh. Tiada satu pun makhluk ciptaan Allah yang kekal selamanya. Hanya Cinta Allah yang Abadi...

16/04/2013

Kenali Musuh Anda

1. Syaitan makan dan minum dengan tangan kiri

Sabda Rasulullah SAW;
" Apabila seseorang daripada kalian makan, maka makanlah dengan tangan kanan dan apabila minum maka minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana sesungguhnya, syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya."
Riwayat Iman Muslim

2. Syaitan minum dan makan dalam keadaan berdiri

Rasulullah SAW melihat seorang minum sambil berdiri. Baginda menegur, " Jangan begitu!"

Orang itu bertanya, " Mengapa?"

Rasulullah SAW menjawab, "Adakah kamu suka minum bersama kucing?"

Orang itu menjawab, "Tidak."

Rasulullah SAW meneruskan;
"Sesungguhnya telah ikut serta minum bersama kamu sesuatu yang lebih buruk daripadanya, iaitu syaitan."
Riwayat Al-Darimiy

3. Syaitan ketawa apabila menguap sehingga mengeluarkan bunyi

Sabda Rasulullah SAW;
"Menguap adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang daripada kalian menguap, tahanlah sedaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi 'Haaa", maka ketawalah syaitan."
Riwayat Imam Al-Bukhari

4. Syaitan kencing di telinga

Apabila seseorang tidur sehingga pagi hari maka syaitan kencing di kedua-dua belah telinganya.
Sabda Rasulullah SAW;
"Itu ialah orang yang syaitan telah kencing di dalam kedua-dua telinganya atau salah satu telinganya."
Riwayat Imam Al-Bukhari

5.Syaitan dapat makan, minum dan tempat bermalam

Imam Muslim meriwayatkan hadis yng bermaksud;

Apabila seseorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah dengan membaca 'Bismillah' ketika memasuki rumahnya dan ketika ingin makan, maka berkatalah syaitan kepada golongannya;

"Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga memiliki makanan malam."

Sebaliknya apabila seseorang itu memasuki rumah dan tidak mengingati Allah ketika memasukinya, berkatalah syaitan kepadad golongannya;

"Kalian telah mendapat tempat bermalam."

Apabila sesesorang tidak mengingati Allah ketika makan, maka berkatalah syaitan kepada golongannya;

"Kalian telah mendapat tempat bermalam dan makan malam."

Menyebut nama Allah (Bismillah) ini dituntut ketika melakukan apa-apa perkara agar kita terselamat daripada gangguan syaitan.

6. Syaitan makan sisa-sisa makanan

Apabila Rasulullah SAW makan, baginda menjilat jari-jarinya sebanyak tiga kali.
Anas berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda;

"Jika sesuatu makanan seseorang kalian jatuh, hendaklah dia mengambilnya dan membersihkan sebarang kotoran yang melekat padanya lalu memakannya. Janganlah meninggalkannya untuk syaitan."

Anas melanjutkan;
" Rasulullah juga menyuruh kami menghabiskan sebarang sisa makanan."

Baginda berpesan;

"Ini kerana kalian tidak tahu dibahagian manakah pada makanan kalian terdpat keberkatan."
Riwayat Imam Muslim

7. Orang yang membazir adalah saudara syaitan

"Siapakah yang mempersaudarakan seorang yang membazir dengan syaitan?"
Allah SWT sendiri yang mempersaudarakan keduanya, Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan."
Surah Al-Isra':27

8. Syaitan mengganggu ibadat manusia

Sahabat bernama 'Uthman bin Abi al-'Ash mengadu kepada Rasulullah SAW;

"Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syaitan menghalang antaraku dan solat serta bacaan Al-Quran ku, dan ia selalu mengelirukan aku."

Rasulullah SAW menjawab:

"Itulah syaitan yang disebut sebagai 'Khanzab', maka apabila merasai gangguannya, mohonlah perlindungan Allah dan ludahlah ke kiri sebanyak tiga kali." Uthman bin al-'Ash kemudian berkata;"Aku melakukan itu dan Allah menjauhkan gangguan syaitan itu dariku"
Riwayat Imam Muslim

9. Sikap terburu-buru adalah daripada syaitan

Sabda Rasulullah SAW;

"Ketenangan adalah daripada Allah dan tergesa-gesa itu adalah daripada syaitan"
Riwayat Imam Al-Baihaqiy

10.Sikap cemburu adalah daripada syaitan

Cemburu di sini adalah cemburu yang melampau tanpa usul periksa. Seperti hadis Aishah RA yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

"Apa yang terjadi kepada kamu, wahai Aishah? Adakah kamu cemburu?"
"Takkanlah aku tidak cemburu pada orang yangseperti anda?"

kemudian Rasulullah SAW melanjutkan lagi;

"Apakah telah datang kepadamu syaitan kamu?"
"Wahai Rasulullah! Apakah bersama aku ada syaitan?"
"Ya."
"Dan apakah syaitan itu ada di setiap manusia"
"Ya"
"Apakah syaitan juga bersama kamu wahai rasulullah?"
"Ya, akan tetapi Tuhanku telah menolongku daripadanya."

11. Perasaan marah adalah daripada syaitan

Sulaiman bin Surd berkata;

Ketika aku sedang duduk bersama Rasulullah SAW, terdapat dua orang sedang bertengkar sehingga salah seorang daripada mereka menjadi merah wajahnya dan urat-uratnya timbul. maka Nabi SAW bersabda;

"Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang jika diucapkan nescaya kemarahan akan hilang. iaitu sebutlah 'A'uzubillahi minash syaitan' nescaya kemarhannya akan hilang."
Riwayat Imam al- Bukhari

12. Syaitan gemar berkeliaran pada waktu senja

Pesana ini berasal daripada Rasulullah SAW yang bermaksud;

"Apabila malam menjelang tiba, maka tahanlah anak-anak kalian (daripada keluar0 kerana sesungguhnya pada waktu itu syaitan-syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu waktu Isya', maka lepaskanlah mereka."
Riwayat Imam al-Bukhari


13. Pasar adalah tempat kegemaran syaitan

Rasulullah SAW bersabda;

"Selagi mampu janganlah menjadi orang yang pertama memasuki pasar dan janganlah menjadi orang terakhir yang keluar dari pasar kerana sesungguhnya pasar ialah medan tempur syaitan dan di situlah benderanya dipacakkan."
Riwayat Imam Muslim

14. Syaitan boleh membesar seperti rumah

Imam Ahmad bin Hanbal dalam musnadnya meriwayatkan dari seseorang yang dibonceng oleh Nabi SAW. Dia berkata, " Tunggangan Nabi SAW tergelincir, maka aku katakan celaka syaitan."

Nabi SAW bersabda;

"Janganlah kalian menyebut 'Celaka Syaitan!' kerana apabila engkau mengatakannya, syaitan akan membesar sehingga sebesasr rumah dan berkata, 'Demi kekuatanku!' Sebaliknya sebutlah 'Bismillah!' kerana apabila engkau mengatakannya syaitan akan mengecil sehingga sekecil lalat."









10/04/2013

Tiga Golongan Awal Dibicarakan

Rasulullah SAW telah menyatakan di dalam sebuah hadis, bagaimana pada Hari Kiamat kelak terdapat tiga golongan manusia yang awal-awal dipanggil untuk di bicara di hadapan Allah SWT.

Golongan yang pertama dipanggil adalah seorang alim.
Lalu disoalkan kepadanya: "Apakah amalan kamu pada kehidupan di dunia dahulu?"
Lalu dia menjawab: "Aku menuntut ilmu dan aku diberi ilmu oleh Mu Wahai Tuhanku, dan aku sebarkan ilmu itu kepada orang ramai."
Lalu Allah SWT mendedahkan: "Kamu belajar ilmu lalu menyebarkannya supaya dikatakan orang bahawa kamu alim DAN bukan kerana Aku"
Lalu ilmunya di tolak oleh Allah SWT dan dia diseret masuk ke dalam api neraka.

Golongan yang kedua dipanggil adalah seorang yang kaya.
Lalu dia ditanya: "Apakah amalan kamu pada kehidupan di dunia dahulu?"
Lalu dia menjawab: "Wahai Tuhan ku, aku bekerja bertungkus lumus, aku diberi rezeki kekayaan oleh Mu, dengan kekayaan itu aku bersedekah."
Lalu Allah SWT menempelak: " Engkau bohong! Memang betul engkau bersedekah, supaya engkau dikatakan seorang yang pemurah DAN bukan kerana Aku."
Lalu amalannya ditolak oleh Allah SWT dan dia diseret masuk ke dalam api neraka.

Golongan yang ketiga dipanggil adalah orang yang berjihad.
Lalu dia ditanya: "Apakah amalan kamu pada kehidupan di dunia dahulu?"
Lalu dia menjawab: "Wahai Tuhanku, di dunia dahulu aku berjihad untuk menegakkan agamaMU."
Lalu Allah SWT berfirman: "Memang betul engkau berjihad, supaya dikatakan orang bahawa engkau seorang yang berani DAN bukannya kerana Aku."
Lalu amalannya ditolak oleh ALlah SWT dan dia diseret masuk ke dalam api neraka.

Oleh itu saudaraku .... IKHLAS LAH !!!