Dengan nama Mu Ya Allah, tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang... Hanya kebaikan yang kami dambakan di setiap celahan ketetapan yang telah Engkau rencanakan... Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami.... serta bagi insan-insan disekeliling kami... Semoga kebaikan dan keberkatan dari rencanaMu menyebar dan dirasai setiap jiwa-jiwa yang beriman... Permudahkanlah jalan kami dalam melusuri setiap rencana yang kau tetapkan Ya Allah......

Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia

10/04/2013

Tiga Golongan Awal Dibicarakan

Rasulullah SAW telah menyatakan di dalam sebuah hadis, bagaimana pada Hari Kiamat kelak terdapat tiga golongan manusia yang awal-awal dipanggil untuk di bicara di hadapan Allah SWT.

Golongan yang pertama dipanggil adalah seorang alim.
Lalu disoalkan kepadanya: "Apakah amalan kamu pada kehidupan di dunia dahulu?"
Lalu dia menjawab: "Aku menuntut ilmu dan aku diberi ilmu oleh Mu Wahai Tuhanku, dan aku sebarkan ilmu itu kepada orang ramai."
Lalu Allah SWT mendedahkan: "Kamu belajar ilmu lalu menyebarkannya supaya dikatakan orang bahawa kamu alim DAN bukan kerana Aku"
Lalu ilmunya di tolak oleh Allah SWT dan dia diseret masuk ke dalam api neraka.

Golongan yang kedua dipanggil adalah seorang yang kaya.
Lalu dia ditanya: "Apakah amalan kamu pada kehidupan di dunia dahulu?"
Lalu dia menjawab: "Wahai Tuhan ku, aku bekerja bertungkus lumus, aku diberi rezeki kekayaan oleh Mu, dengan kekayaan itu aku bersedekah."
Lalu Allah SWT menempelak: " Engkau bohong! Memang betul engkau bersedekah, supaya engkau dikatakan seorang yang pemurah DAN bukan kerana Aku."
Lalu amalannya ditolak oleh Allah SWT dan dia diseret masuk ke dalam api neraka.

Golongan yang ketiga dipanggil adalah orang yang berjihad.
Lalu dia ditanya: "Apakah amalan kamu pada kehidupan di dunia dahulu?"
Lalu dia menjawab: "Wahai Tuhanku, di dunia dahulu aku berjihad untuk menegakkan agamaMU."
Lalu Allah SWT berfirman: "Memang betul engkau berjihad, supaya dikatakan orang bahawa engkau seorang yang berani DAN bukannya kerana Aku."
Lalu amalannya ditolak oleh ALlah SWT dan dia diseret masuk ke dalam api neraka.

Oleh itu saudaraku .... IKHLAS LAH !!!

No comments:

Post a Comment