Dengan nama Mu Ya Allah, tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang... Hanya kebaikan yang kami dambakan di setiap celahan ketetapan yang telah Engkau rencanakan... Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami.... serta bagi insan-insan disekeliling kami... Semoga kebaikan dan keberkatan dari rencanaMu menyebar dan dirasai setiap jiwa-jiwa yang beriman... Permudahkanlah jalan kami dalam melusuri setiap rencana yang kau tetapkan Ya Allah......

Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia

14/03/2012

Kasihi Isteri Anda

Adakah anda mengasihi isteri anda????
     Perlakuan terbaik seorang suami yang mengasihi isterinya adalah dengan cara mendoakan si isteri pada setiap hari. Doakanlah kesejahteraan, kesihatan, murah rezeki dan ketenangan hati untuk isteri anda tanpa pengetahuan mereka. Itulah sifat lelaki yang beriman.
     Tetapi ianya tidak mudah. Sifat ini adalah perbuatan baik yang sangat sulit dan tersembunyi. "Adakah isteriku tahu aku sentiasa mendoakannya?" Memang isteri tidak akan tahu, tetapi Allah s.w.t Maha Tahu.
     Siapakah yang akan memakbulkan doa anda? Tentulah Allah. Jadi biarlah isteri anda tidak tahu, asalkan Allah tahu dan sudi mendengar doa kita. Sifat mendoakan isteri tanpa pengetahuannya adalah latihan untuk para suami yang hendak memberikan kasih sayang tanpa syarat dan tanpa mengharap balasan dari isteri.
     Inilah yang dinamakan keikhlasan. Ikhlas, sifat yang wajib ada dalam hati setiap suami. Tindakan yang ikhlas, percakapan yang ikhlas dan doa yang ikhlas dari suami adalah bukti kasih sayang tersebut lahir kerana Allah s.w.t. Berilah, buatlah dan berdoalah atas dasar iman iaitu atas dasar mengharapkan keredaan Allah.
     Suami tetap merasa puas walaupun mereka tidak mendapat balasan yang setimpal dari isteri. Kepuasan itu hadir kerana mereka telah melaksanakan perintah Allah.
     Namun, Allah Maha Kaya. Setiap yang dibuat oleh hambanya kerana mengharapkan keredhaan dan balasan dariNya tidak akan disia-sia. Atas dasar itu jika suami benar-benar membuktikan kasih sayang kepada isteri kerana Allah, maka Allah pasti akan melembutkan hati isteri untuk membalas kasih sayang itu...
    
Ya Allah.....
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat ku
Berilah kekuatan dan kesabaran kepada ku
Engkau permudahkanlah segala urusanku
Aku tahu...
Ada yang terbaik untuk ku dari Mu
Di sebalik setiap yang berlaku


04/03/2012

Sifat Wanita Berdasarkan Unsur

Tanah (anak pertama, kelima, kesembilan)
  • rendah diri dihadapan suami, hormat dan patuh serta setia dan rela berkorban demi suami tersayang
  • penyabar dan bertolak ansur
  • tidak cerewet,tidak suka meninggikan diri,tidak sombong dan bukan pemarah
  • tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi merupakan kekasih yang setia
  • tenang dan mengamankan jiwa,selalu memberi galakan dan sokongan
  • mempunyai perwatakan yang lemah lembut,manis,pembersih dan sentiasa menjaga kebersihan
  • seorang yang berwibawa dan praktikal
 Air (anak kedua, keenam, kesepuluh)
  •  menghidupkan hati suami dan menjadikan suami sentiasa bersemangat
  • mengambil berat tentang kebajikan keluarga
  • seorang yang penuh simpati dan sentimental
  • hatinya bersih dan selalu membahagiakan
  • menenangkan hati suami apabila suami menghadapi masalah
Api (anak ketiga, ketujuh, kesebelas)
  • cintanya sentiasa hangat membara serta kuat cemburu
  • cekap dan cepat dalam menguruskan hal hal rumahtangga
  • merupakan penasihat yang baik
  • pandai menghias diri agar sentiasa kelihatan cantik dan menarik
  • sentiasa berwaspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan
Angin (anak keempat, kelapan, keduabelas)
  • mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami
  • pandai memujuk rayu dengan kata kata yang indah
  • bersopan santun dan berbudi pekerti mulia
  • pandai mewujudkan suasana yang selesa dalam rumahtangga
  • seorang yang berterus terang dan gemar mencari kepelbagaian dalam aspek kehidupan
  • seorang yang bergaya,tenang dan tidak cerewet
  • sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang unggul
Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad s.a.w jika ada keburukan pada diri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu.....


Kehidupan

Biarpun ......

Harapan telah hancur, Impian telah terkubur, Perjuangan telah terhenti, Hasrat tidak terlaksana, Pengorbanan telah dilupakan dan Kesayangan terpaksa dikorban .....
namun........
 Semangat harus terus ada kerana dengan Semangat, hidup dapat diteruskan dan   tanpa Semangat, hidup hanya lakonan.                                                    

 Lantaran itu........

Harapan perlu di bentuk, Impian perlu di cipta, kerana Perjuangan belum selesai, Hasrat belum terlaksana, bila Pengorbanan bermula, Kesayangan akan terbina......
namun .......
Semangat harus terus ada,  kerana Semangat untuk semua.

01/03/2012

Kisah Berpisahnya Roh Dari Badan

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin. "Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku seperti satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.

Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"

Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk yang hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang akan memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.

Di kala itu rohnya datang dan ia melihat jasadnya dalam keadaan telanjang dan dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut. "Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh,"Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku supaya aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidaka kan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."

Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."