Dengan nama Mu Ya Allah, tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang... Hanya kebaikan yang kami dambakan di setiap celahan ketetapan yang telah Engkau rencanakan... Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami.... serta bagi insan-insan disekeliling kami... Semoga kebaikan dan keberkatan dari rencanaMu menyebar dan dirasai setiap jiwa-jiwa yang beriman... Permudahkanlah jalan kami dalam melusuri setiap rencana yang kau tetapkan Ya Allah......

Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia

14/03/2012

Kasihi Isteri Anda

Adakah anda mengasihi isteri anda????
     Perlakuan terbaik seorang suami yang mengasihi isterinya adalah dengan cara mendoakan si isteri pada setiap hari. Doakanlah kesejahteraan, kesihatan, murah rezeki dan ketenangan hati untuk isteri anda tanpa pengetahuan mereka. Itulah sifat lelaki yang beriman.
     Tetapi ianya tidak mudah. Sifat ini adalah perbuatan baik yang sangat sulit dan tersembunyi. "Adakah isteriku tahu aku sentiasa mendoakannya?" Memang isteri tidak akan tahu, tetapi Allah s.w.t Maha Tahu.
     Siapakah yang akan memakbulkan doa anda? Tentulah Allah. Jadi biarlah isteri anda tidak tahu, asalkan Allah tahu dan sudi mendengar doa kita. Sifat mendoakan isteri tanpa pengetahuannya adalah latihan untuk para suami yang hendak memberikan kasih sayang tanpa syarat dan tanpa mengharap balasan dari isteri.
     Inilah yang dinamakan keikhlasan. Ikhlas, sifat yang wajib ada dalam hati setiap suami. Tindakan yang ikhlas, percakapan yang ikhlas dan doa yang ikhlas dari suami adalah bukti kasih sayang tersebut lahir kerana Allah s.w.t. Berilah, buatlah dan berdoalah atas dasar iman iaitu atas dasar mengharapkan keredaan Allah.
     Suami tetap merasa puas walaupun mereka tidak mendapat balasan yang setimpal dari isteri. Kepuasan itu hadir kerana mereka telah melaksanakan perintah Allah.
     Namun, Allah Maha Kaya. Setiap yang dibuat oleh hambanya kerana mengharapkan keredhaan dan balasan dariNya tidak akan disia-sia. Atas dasar itu jika suami benar-benar membuktikan kasih sayang kepada isteri kerana Allah, maka Allah pasti akan melembutkan hati isteri untuk membalas kasih sayang itu...
    

No comments:

Post a Comment