Kata di mulut tidak seiring kata di hati. Adakalanya mulut ingin meluahkan apa yang dirasakan oleh hati. Tetapi tidak terkeluar. Kenapa???? Sering kali hati berkata-kata sendirian, memberontak, menjerit, menangis, ketawa. Terlalu banyak kata-katanya. Tidak terhitung bilangannya. Tapi... adakah setiap kata-kata hati diluahkan oleh bibir.
Hati sering berbicara sendirian. Berbicara tentang diri, rumahtangga, ibubapa, keluarga, sanak saudara, jiran tetangga termasuk negara dan dunia. Perbicaraan dan persoalan hati seringkali disimpan dan dibiarkan sahaja.
Akal yang waras akan menapis segala perkataan hati. Wajarkah ianya di lontarkan oleh bibir. Kenapa tidak boleh???? Salahkah mengatakan apa yang dirasa? Salahkah meluahkan apa yang dicita? Salahkah melafazkan apa yang disuka...? Sesengguhnya meluahkan itu tidak salah, tetapi lihatlah, kajilah dan fikirkanlah adakah luahan itu akan memberi impak yang positif atau sebaliknya.
Mulut, hati dan fikiran bertindak mengikut kehendak pemiliknya. Maka pilihlah yang terbaik buat diri anda.
"Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya." (Asy - Syams: 9)
"Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat." (Asy - Syuara: 88-89)
No comments:
Post a Comment