Dengan nama Mu Ya Allah, tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang... Hanya kebaikan yang kami dambakan di setiap celahan ketetapan yang telah Engkau rencanakan... Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami.... serta bagi insan-insan disekeliling kami... Semoga kebaikan dan keberkatan dari rencanaMu menyebar dan dirasai setiap jiwa-jiwa yang beriman... Permudahkanlah jalan kami dalam melusuri setiap rencana yang kau tetapkan Ya Allah......

Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia

16/03/2012

Nostalgia.....


Semalam kakak abang adik bergaduh, mak berpesan adik kakak abang jangan gaduh. Kalau anak-anak mak bergaduh nanti mak dan ayah berdosa. Anak-anak mak nak ke mak dan ayah berdosa? Kalau berdosa masuk neraka.... Maka abang kakak adik menjerit …..Tak Nak ! Tak Nak!... Nak mak dan ayah masuk syurga.
Hari ini kakak abang adik bergaduh lagi, mak ingatkan kakak abang adik jangan bergaduh. Kalau anak-anak mak bergaduh nanti mak dan ayah sakit. Kalau mak dan ayah sakit macam mana nak pergi kerja cari duit. Duit tu nak beli susu, beras, baju, buku, nak pergi jalan-jalan dan macam-macam lagi. Maka abang kakak adik menjerit .....Tak Nak! Tak Nak!.... Nak mak ayah sihat.
Besok kakak abang adik bergaduh lagi, mak dan ayah akan betulkan keadan. Kakak abang adik jangan bergaduh. Syaitan suka berkawan dengan orang yang suka bergaduh. Nak ke syaitan berkawan dengan kita? Maka abang kakak adik menjerit .....Tak Nak! Tak Nak!.... Nanti Allah tak sayang kita.
ITU KISAH KITA DALAM PROSES MENUJU KEDEWASAAN. BERGADUH DI ALAM KANAK-KANAK LUMRAH KEHIDUPAN. PAGI BERGADUH TENGAH HARI MAKAN SEPINGGAN. PERGADUHAN ITU PROSES PEMBELAJARAN.
BILA DEWASA PERGADUHAN TIDAK LAGI SEPERTI DULU. BILA BERGADUH JANGANKAN MAKAN SEPINGGAN SEBUT NAMA PUN TAK MAHU. AKU KE HILIR ENGKAU KE HULU. BOLEH BERLARUTAN KE ANAK CUCU.
KENAPA JADI BEGINI WAHAI KAKAK ABANG ADIK. TIDAK KASIHANKAH KEPADA MAK AYAH? SUDAH HILANGKAH NOSTALGIA SEWAKTU MAKAN SEMEJA, TIDUR SEBANTAL, MANDI, BELAJAR, BERMAIN BERSAMA DAN SEGALANYA. SEWAKTU KECIL BARANG SEDIKIT DIKONGSI BERSAMA, BILA SUSAH SALING MEMBANTU, BILA SAKIT SALING MENOLONG, BILA LUPA SALING MENGINGATKAN. KAKAK ABANG ADIK IBARAT IBARAT SATU BANGUNAN SALING MELENGKAPI ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA MASING-MASING MEMPUNYAI KELEBIHAN TERSENDIRI.
OLEH ITU WAHAI KAKAK ABANG ADIK JADIKANLAH NOSTALGIA DAHULU SATU KENYATAAN. MAK DAN AYAH TERSENYUM BAHAGIA. BARULAH APA YANG DICITA SAMA MERASA. INGATLAH KAKAK ABANG ADIK SETIAP KESUSAHAN AKAN ADA KESENANGAN ASALKAN SAHAJA BETUL CARA TINDAKAN.

No comments:

Post a Comment