Dengan nama Mu Ya Allah, tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang... Hanya kebaikan yang kami dambakan di setiap celahan ketetapan yang telah Engkau rencanakan... Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami.... serta bagi insan-insan disekeliling kami... Semoga kebaikan dan keberkatan dari rencanaMu menyebar dan dirasai setiap jiwa-jiwa yang beriman... Permudahkanlah jalan kami dalam melusuri setiap rencana yang kau tetapkan Ya Allah......

Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia

14/01/2013

Rasulullah S.A.W dan pengemis Yahudi buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya."

Setiap pagi Rasulullah S.A.W mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah pun Rasulullah S.A.W menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah S.A.W melakukannya hingga Rasulullah S.A.W wafat. Setelah kewafatan Rasulullah S.A.W tiada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a mengunjungi ke rumah anaknya Aishah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?" Aishah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya,"Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah sahaja." "Apakah itu?" tanya Abu Bakar r.a. "Setiap pagi Rasulullah S.A.W. selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana." jawab Aisyah r.ha.

Keesokkan paginya Saidina Abu Bakar r.a pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a mulai menyuapinya si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?" Abu Bakar r.a menjawab,"Orang yang biasa." "Bukan! engkau bukan orang yang biasa mendatangi ku." jawab si pengemis itu. "Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskan makanan tersebut." pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Dia adalah Muhammad Rasullullah S.A.W." Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a, ia pun menangis, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikit pun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia..." Pengemis Yahudi buta itu akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

10/01/2013

Paderi dan kunci syurga

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oelh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika belajar di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah untuk masuk Islam.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas berhampiran sebuah gereja yang terdapat di kampung itu. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula dia keberatan namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening sebagaimana kebiasaan mereka.
Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas duduk kembali. Di saat itu, si pederi agak terbeliak ketika melihat kepada hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."
Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.' Barulah pemuda itu berganjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda itu bertanya kepada paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang muslim?"
Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."
Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kebenaran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.
Paderi berkata,"Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."
Si pemuda tersenyum dan berkata,"Silakan."
Sang paderi pun mula bertanya,"Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sepuluh yang tiada sebelasnya, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."
"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh. Apakah yang dimaksudkan dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang dicipta Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu."
"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"
"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 dibawah naungan dan 2 di bawah sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,
  • Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
  • Dua yang tiada tiganya ialah malam dan siang. Allah s.w.t. berfirman,"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." [Al-Isra':12]
  • Tiga yang tiada empat adalah kesilapan yang dilakukan oleh Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
  • Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
  • Lima yang tiada enamnya ialah solat lima waktu.
  • Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
  • Tujuh yang tiada lapanya ialah langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman,"Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." [Al-Mulk:3]
  • Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy Ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." [Al-Halaqah:17]
  • Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mukjizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.
  • Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." [Al-An'am:160]
  • Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah saudara-saudara Nabi Yusuf.
  • Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah mukjizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman,'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." [Al-Baqarah:60]
  • Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah saudara Nabi Yusuf di tambah dengan ayah dan ibunya.
  • Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman,"Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." [At-Takwir:18]
  • Kuburan  yang membaw isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus a.s.
  • Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia di makan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata,"Aku akan memohon ampun bagi mu pada Rabbku. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [Yusuf:98]
  • Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara keldai. Allah s.w.t. berfirman,"Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." [Luqman:19]
  • Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
  • Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman,"Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." [Al-Anbiya:69]
  • Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentera bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Khafi (penghuni gua).
  • Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.,"Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangat besar." [yusuf:28]
  • Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan 2 bawah sinaran matahari maknanya: pohon adalah tahun, ranting adalah bulan, daun adalah hari dan buahnya adalah solat lima waktu, 3 dikerjakan malam hari dan 2 disiang hari.
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurangkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan sahaja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata, "Apakah kunci Syurga."
Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata,"Anda telah melontarkan 22 soalan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"
Paderi itu berkata,"Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."
Mereka menjawab,"Kami akan jamin keselamatan anda."
Paderi pun berkata,"Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.





07/01/2013

Istikharah Cinta

Bersaksi cinta diatas cinta
dalam alunan tasbihku ini
menerka hati yang tersembunyi
berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
tertulis dalam sejadah cinta
tetapkan pilihan sebagai teman
kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
memohon petunjuk Mu
satu nama teman setia
naluri ku berkata

Dipenantian luahan rasa
teguh satu pilihan
pemenuh separuh nafasku
dalam mahabbah rindu
Diistikharah cinta

06/01/2013

Israel Hancur Jika Jemaah Solat Subuh Sebanyak Solat Jumaat

Pengakuan tentera : "Israel Hancur Jika Jemaah Solat Subuh Sebanyak Solat Jumaat"

Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman dakwahnya ketika pergi berdakwah di negara Jordan. Beliau pergi ke daerah perbatasan, ketika rombongannya selesai menunaikan solat subuh di salah satu masjid berhampiran perbatasan, tiba-tiba seorang tentera Israel dari luar melihat kearah dalam masjid. Setelah melihat sebentar, tentera itu terus beredar. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentera Israel itu dan bertanya apa yang dia lakukan tadi.

"Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di masjid" kata tentera Israel itu. Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil kehairanan bertanya "kenapa"?
Dia pun menjawab "di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis 'Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumaat, maka saat itu Israel akan hancur'. Tetapi tadi saya lihat dimasjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, kerana umat Islam pasti tidak boleh kalahkan kami."





05/01/2013

11 orang yang mendapat doa malaikat



1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.