Dengan nama Mu Ya Allah, tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang... Hanya kebaikan yang kami dambakan di setiap celahan ketetapan yang telah Engkau rencanakan... Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami.... serta bagi insan-insan disekeliling kami... Semoga kebaikan dan keberkatan dari rencanaMu menyebar dan dirasai setiap jiwa-jiwa yang beriman... Permudahkanlah jalan kami dalam melusuri setiap rencana yang kau tetapkan Ya Allah......

Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia

06/01/2013

Israel Hancur Jika Jemaah Solat Subuh Sebanyak Solat Jumaat

Pengakuan tentera : "Israel Hancur Jika Jemaah Solat Subuh Sebanyak Solat Jumaat"

Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman dakwahnya ketika pergi berdakwah di negara Jordan. Beliau pergi ke daerah perbatasan, ketika rombongannya selesai menunaikan solat subuh di salah satu masjid berhampiran perbatasan, tiba-tiba seorang tentera Israel dari luar melihat kearah dalam masjid. Setelah melihat sebentar, tentera itu terus beredar. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentera Israel itu dan bertanya apa yang dia lakukan tadi.

"Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di masjid" kata tentera Israel itu. Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil kehairanan bertanya "kenapa"?
Dia pun menjawab "di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis 'Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumaat, maka saat itu Israel akan hancur'. Tetapi tadi saya lihat dimasjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, kerana umat Islam pasti tidak boleh kalahkan kami."





No comments:

Post a Comment