Dengan nama Mu Ya Allah, tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang... Hanya kebaikan yang kami dambakan di setiap celahan ketetapan yang telah Engkau rencanakan... Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami.... serta bagi insan-insan disekeliling kami... Semoga kebaikan dan keberkatan dari rencanaMu menyebar dan dirasai setiap jiwa-jiwa yang beriman... Permudahkanlah jalan kami dalam melusuri setiap rencana yang kau tetapkan Ya Allah......

Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia

03/01/2013

Doa selepas wuduk



Nabi bersabda, "Sesiapa yang mengambil wuduk dengan sempurna kemudian dia berdoa, asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna muhammadan 'abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin, akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana yang dia suka." (HR Tirmizi)



Terjemahan doa :

"Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya. Ya Allah j
adikanlah daku daripada golongan yang bertaubat, jadikanlah daku daripada golongan yang bersih, jadikanlah daku daripada golongan hamba Engkau yang soleh."

Selepas berwuduk, kita disunatkan untuk membaca doa selepas wuduk sambil mengadap kiblat.. Doa selepas wuduk seperti di dalam gambar di atas .

Sesiapa yang membaca doa ini selepas mengambil wuduk maka akan terkeluar segala dosanya daripada segala anggotanya dan dicap pahala wuduknya dengan satu cap yang ia tidak akan mati dalam keadaan murtad. Maksudnya, ia akan mati dalam keadaan beriman, dan wuduknya akan diangkat ke langit dan air wuduk itu sentiasa bertasbih dan bertafakur serta dituliskan baginya pahala sehinggalah ke hari kiamat.

Subhanallah. Marilah kita semua umat Islam mengamalkannya



No comments:

Post a Comment