Hadis soheh diriwayat oleh Muslim
Dengan nama Mu Ya Allah, tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang... Hanya kebaikan yang kami dambakan di setiap celahan ketetapan yang telah Engkau rencanakan... Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami.... serta bagi insan-insan disekeliling kami... Semoga kebaikan dan keberkatan dari rencanaMu menyebar dan dirasai setiap jiwa-jiwa yang beriman... Permudahkanlah jalan kami dalam melusuri setiap rencana yang kau tetapkan Ya Allah......
Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia
23/01/2013
Salam Maulidur Rasul
Salam Maulidur Rasul
Andai Rasulullah s.a.w. masih ada bersama kami
pasti yang jauh dan dekat akan datang padanya
mengharap kebaikkan Rasulullah sebelum ia berakhir
dengan harapan dapat mendampingi Rasulullah
kerana mendampinginya jiwa menjadi tenang
dan doa akan diperkenankan Allah
cahaya Rasulullah tidak pernah sima
Ya Allah, makbulkan hajat kami
untuk bertemu dengannya
hidayahMu ibarat alam yang terbentang luas
sebagai kasih sayang Allah pemberi hidayah
bicaramu bagaikan sungai yang jernih
berdampingan denganmu bagaikan dahan yang segar dan basah
ku tebuskan diriku dengan dirimu, wahai Rasulullah
wahai Muhammad yang memuliakan segala makhluk
berada disisimu jiwa menjadi tenang
wahai pembawa rahmat bagi sekelian alam
wahai kekasihku... wahai Muhammad
wahai penawarku... wahai yang sentiasa dipuji
kelebihanmu tidak dapat disangsikan lagi
Maha Agong yang berselawat ke atas Baginda
Law Kana Bainana - lirik melayu
21/01/2013
Kerana Dia Suka Aku Menangis
Terima kasih kepada penyumbang yang sudi berkongsi pengalaman ini, semoga ianya dapat memberi kebaikkan kepada kita semua. Insya Allah.
Beberapa tahun yang lepas, aku ditimpakan dengan satu ujian yang hebat. Terlalu hebat.
Aku marah. Aku bengang. Aku memberontak.
Aku menangis tidak puas hati. Aku rasakan Dia tidak adil! Aku mempersoalkan kenapa Dia buat aku macam ni? Apa salah aku sampai aku ditimpakan ujian sebesar ini?
Sejak dari kecil, aku dibesarkan dalam keadaan serba sederhana. Orang lain hidup mewah, aku hidup kais pagi makan pagi. Aku diasuh supaya sentiasa memandang orang yang di bawah, sentiasa bersyukur dengan pemberianNya.
Tetapi kali ini aku terus mempersoalkan. Kenapa orang lain hidup bahagia, tanpa sebarang masalah. Kenapa orang lain tidak perlu bekerja keras untuk mencari sesuap nasi? Kenapa orang itu mendapat rezeki yang melimpah ruah? Kenapa aku yang masih muda perlu hidup susah? Sungguh tak adil.
Aku marah dengan Dia. Aku benggang dengan Allah s.w.t., aku memberontak.
Aku buat segala macam kamungkaran. Bagiku apa guna Iman kalau tidak mampu menyelesaikan segala masalahku ini? Selama ini aku taat dengan perintahNya, Dia timpakan pula aku dengan masalah sebesar ini. Sungguh kejam dan tidak adil.
Semua perkara yang wajib aku biarkan. Solat? Cukup syarat saja. Apa yang aku tahu, marah aku tidak hilang. Perasaan tidak puas hati aku membuak-buak, semakin lama semakin besar. Aku makin jauh hanyut dan terus lalai. Seakan-akan tidak lagi percaya dengan ketentuanNya.
Perkara sunat? Jauh sekali. Doa? Huh! tidak ada lagi walaupun sedikit keyakinan. Tidak lagi wujud pergantungan kepadaNya. Aku seperti tidak ada kepercayaan. Hilang haluan.
Sedikit demi sedikit nikmat aku ditarik. Aku buat tak endah. Aku dah biasa susah. Bukannya akan merubah apa-apa. Hati aku terus memberontak. Masih mempersoalkan kehendakNya. Terus dalam kekhilafan. Terus kufur. Aku lalai.
Bila tiba Ramadhan, aku berpuasa, seperti orang lain. Aku bersolat seperti orang lain. Perbuatan aku lebih kepada mengikut orang dan bukannya mengikut suruhan Allah.
Sehingga pada satu hari, selepas solat Zohor aku tertidur di masjid. Memang kepenatan yang teramat. Tanpa niat Iktikaf, aku layankan mata dan baring di satu sudut masjid. Itulah detik yang merubah hidup aku dan pandangan aku terhadapNya. MIMPI!
Dalam tidur selama dua jam itu aku melalui flashback hidup aku. Antaranya:
Suatu petang di surau sekolah menengah, aku sedang membaca Al-Quran. Mataku berkaca, hatiku sebak.
Suatu malam di dorm asrama sekolahku. Aku sedang bersolat hajat, aku sedang menangis, berjujuran air mata, bergetar seluruh badan. Seterusnya airmata ibu bapaku yang gembira dengan keputusan cemerlang peperiksaan PMR ku.
Suatu malam di surau sekolah asrama penuhku, aku sedang berdoa. Aku sujud dengan linangan airmata, aku menangis teresak-esak. Seterusnya airmata ibu bapaku yang gembira dengan keputusan SPM ku yang cemerlang.
Tiba-tiba aku tersentak, tersedar apabila mendengar azan Asar berkumandang. SUBHANALLAH !!!. Lalainya aku.
Aku terus sebak, dengan mata yang berkaca, mengambil wuduk penuh longlai.
Malam itu aku bangun untuk Qiamullail. Buat pertama kali selepas dua tahun. Malam itu juga aku minta keampunan daripada Allah dengan bersungguh-sungguh. Aku tekup muka dengan tangan, aku segan dan malu dengan Allah. Setelah semua nikmat diberikan oleh Allah, aku sanggup pula berpaling daripadaNya. Aku mempersoal kehendakNya. Aku lupa di mana tempat aku yang sebenar.
Aku bersyukur dengan sebenar-benar syukur dengan ujian yang telah Allah timpakan. Rupa-rupanya Allah bukan berlaku tidak adil, Allah bukannya menurunkan ujian ini untuk menghukum aku. Tetapi Allah sayangkan aku.
Lalu pertama kalinya selepas dua tahun, air mataku mengalir keranaNya. Aku rasakan aku tidak lagi layak untuk tinggal di bumi Allah, aku tidak layak untuk meminta apa-apa daripada Allah. Kerana terlalu banyak sangkaan burukku kepada Allah. Aku segan, aku malu, aku cuma tunduk memandang sejadah.
Aku diberikan kejayaan, keluarga yang bahagia, sahabat-sahabat yang baik. Apa lagi yang aku mahukan daripada Allah s.w.t? Apa lagi yang aku tidak puas hati? Sememangnya aku ini hamba yang tidak tahu malu, tak sedar diuntung. Lagi mahu memberontak dan mempersoalkan setiap ujianNya.
Jadi, mengapa ujian itu datang? Mengapa ujian itu diturunkan?
YA!!! KERANA ALLAH SAYANGKAN AKU!!!
Kerana Dia suka aku menangis, menangis kerana takut kepadaNya. Menangis kerana rindu akan RasulNya. Seperti dulu.
YA!!! KERANA ALLAH SAYANGKAN AKU!!!
Kerana Dia suka aku menangis, menangis kerana takut kepadaNya. Menangis kerana rindu akan RasulNya. Seperti dulu.
Ya, aku rindukan waktu aku mengingatiNya dulu. Waktu itu hidup aku seakan-akan sempurna, walaupun susah, aku puas. Tetapi, sekarang aku kekosongan dan kini aku sedar dimana silapnya aku. Ingatlah! Muslim yang beruntung adalah mereka yang mengingati Allah pada waktu mereka susah, tetapi lebih beruntung mereka yang mengingati Allah pada waktu senangnya. Siapalah kita hendak mempersoalkan kehendak Allah s.w.t. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.
Kini, hatiku tenang. Walaupun masalah aku berpanjangan, tetapi hati aku puas. Aku masih tersenyum dan berkata, " Alhamdulillah". Aku mampu faham dan merasai maksud kasih sayang Allah s.w.t. dalam erti kata yang sebenar.
Syukur Ya Allah!!! syukur, Kau masih sayangkan aku.
Kerana itu, Dia suka aku menangis.....
15/01/2013
Question And Answer
When you say "I can't solve this ..."
God tells you "I will direct your path"
When you say "It's impossible ..."
God tells you "Everything is possible"
When you say "I feel alone ..."
God tells you "Never will I leave you; never will I forsake you"
When you say "I can't do it ..."
God tells you "I can do everything through him who gives me strenght"
When you say "I don't deserve forgiveness ..."
God tells you "I have forgiven you"
When you say "I am afraid ..."
God tells you "Do not fear, for I am with you; I will strengthen you and help you"
When you say "I am tired ..."
God tells you "Come to me, all you who are weary and burdened, and I will give you rest"
When you say "No one really loves me ..."
God tells you "I love you"
When you say "I don't know how to go on ..."
God tells you "I will show you the path"
When you say "What path does God have for me ..."
God tells you "Rasulullah Muhammad SAW"
And when you want to know everything else that God wants to tell you ...
Read Al Quran
14/01/2013
Kita Makhluk Abadi
Sebahagian besar dari kita tidak menyedari bahawa kita adalah makhluk abadi, yang sedang singgah didalam kehidupan dunia ini. Dunia yang sudah berumur ribuan tahun dan masih akan ada hingga entah berapa ratus atau ribu tahun lagi, menjelang terjadinya hari Kiamat. Kita, manusia singgah hanya beberapa tahun sahaja didunia ini, ada yang sehari, seminggu, sebulan, setahun, beberapa tahun sampai puluhan tahun. Paling lama mungkin hanya 90 atau 100 tahun.
bagi yang sudah tinggal sekitar 60 tahun didunia ini tentunya harus sudah siap sedia mungkin beberapa tahun lagi akan disingkirkan dari kehidupan dunia ini dan berpindah ke alam barzakh. Sepanjang perjalanan hidup kita mulai dari alam roh sampai diakhirat kelak kita akan melalui 7 tahap perjalanan hidup iaitu Alam Ruh, Alam Rahim, Alam Dunia, Alam Barzakh, Hari Berbangkit, Hari Berhisab, Hari Pembalasan. Perjalanan panjang itu dimulai semasa Allah menciptakan kita dialam roh dan bersabda : "Bukankah Aku Tuhanmu, Roh menjawab betul kami bersaksi" [Al A'raaf : 172]
Selanjutnya Allah meniup roh itu ke dalam janin didalam rahim ibu. Setelah 9 bulan kita lahir kedunia sebagai bayi yang lemah. Kemudian kita membesar menjadi dewasa, tua dan wafat. Yang wafat dan mati hanyalah jasad kita, sedang kita sendiri sebagai makhluk ruh tetap hidup, melanjutkan perjalanan di alam barzakh. [Al Baqarah : 153, Ali Imran : 169]
Seterusnya kelak dihari kiamat kita akan dibangkitkan kembali dengan tubuh yang baru. [Yasin : 51-52] Terus melanjutkan perjalanan hidup di Padang Mahsyar untuk dihisab dan diminta bertanggungjawab atas semua perbuatan kita selama didunia. Setelah dihisab kita akan ditempatkan di syurga atau di neraka sesuai amal masing-masing. Kekal-abadi selamanya. Tidak ada lagi kematian sesudah itu.
Sejak diciptakan di alam roh, kemudian lahir ke dunia, kita adalah makhluk abadi yang tidak akan pernah musnah dan lenyap. Yang musnah dan lenyap hanyalah tubuh dan fizikal kita. Roh kita tetap kekal dan akan bertanggungjawab atas segala perlakuan kita. Kematian bukan akhir perjalanan, kematian bukan akhir dari segalanya, kematian adalah awal perjalanan panjang yang tiada akhir.
Ketika datang sakaratul maut, itulah saat perpisahan dengan kehidupan dunia. Harta yang berlimpah, jawatan, pangkat, perniagaan, anak, isteri, suami, kawan-kawan, keluarga semua akan kita tinggalkan. Mereka hanya menghantar kita hingga ke liang kubur. Setelah saudara mara, keluarga, sahabat semua kembali ke rumah masing-masing, tinggallah kita seorang diri melanjutkan perjalana hidup di alam barzakh.
Amal baik dan buruk kita akan terus menemai kita di alam barzakh. Orang yang banyak amal kebaikannya berada dalam kehidupan yang menyenangkan di alam barzakh sehingga datang hari kebangkitan. Orang yang banyak amal buruknya dan tidak mempunyai bekalan yang mencukupi, akan terseksa dan menderita di alam barzakh sampai datang hari kebangkitan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

