Dengan nama Mu Ya Allah, tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang... Hanya kebaikan yang kami dambakan di setiap celahan ketetapan yang telah Engkau rencanakan... Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami.... serta bagi insan-insan disekeliling kami... Semoga kebaikan dan keberkatan dari rencanaMu menyebar dan dirasai setiap jiwa-jiwa yang beriman... Permudahkanlah jalan kami dalam melusuri setiap rencana yang kau tetapkan Ya Allah......

Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia

03/09/2012

Berkat..


" Jika gaji kita RM 5000.00 tetapi kita kerja kuat seperti gaji kita RM 20000.00, Allah S.W.T akan berikan beza RM 15000.00 samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.
Jika gaji kita RM 5000.00 tetapi kita kerja malas macam gaji RM 2000.00, kerja banyak kita mengeluh, beza RM 3000.00 itu Allah S.W.T akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpanya."

  Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat ' Give More'.
Firman Allah di dalam Al-Quran pun ada menyatakan bahawa Allah sukakan umatNya bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang baik. Wallahualam 

Bijakkah Anda ?

Di antara tanda-tanda orang yang bijaksana ialah :

  • Hatinya selalu basah dengan dzikrullah
  • Matanya menangis kerana penyesalan terhadap dosa
  • Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah
  • Lebih mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia
....Uthman bin Affan

29/08/2012

Cintanya Awan Pada Hujan

"Hujan, tolong jangan pergi...." Kata Awan

"Awan..., ada waktunya melepaskan itu lebih baik. Aku tidak sanggup melihatmu menanggung beban di dadamu hanya kerana tidak ingin aku pergi.".... Kata Hujan


"Tapi aku masih mampu..." Kata Awan

Hujan tersenyum sambil berkata:

"Ya, mungkin kau masih mampu. Tapi sampai bila kau akan mampu bertahan..?"

Awan terdiam....

"Aku harus patuh pada perintah Tuhan, dan kau harus akur pada takdirNya. Dia tahu betapa beratnya kau menanggung beban, kerana itu Dia perintahkan aku untuk turun ke bumi membasahi hamparan ciptaanNya yang Maha Agong, menyejukkan tanah-tanah gersang yang lebih memerlukan aku daripada kau perlukan aku." Kata Hujan

Didada Awan masih sedih, kesedihan itu membuatkan jiwa Awan terlalu mendung...

"Wahai Awan.. sungguh, kadang-kadang melepaskan itu lebih baik walaupun saat itu terasa begitu berat sekali. Tapi, Allah kan ada? Mengapa mahu bersedih?" Kata Hujan pada Awan..... Hujan sebak menahan perasaan...

"Pergilah kau Hujan. Aku rela demi Tuhanku dan Tuhanmu. Hanya demi Tuhanku aku redha... Terima Kasih Hujan. Mendengar kata-katamu, aku lebih mengenal siapa diriku." Kata Awan

Allahuuuuuu Rabbiiiiiiiiiiii...  Selamat tinggal wahai Awan. Doakan aku bermanafaat untuk mereka yang lain.... Allahuakbar!!!!!!!" Jerit Hujan bersama guruh berdentum kuat...

Airmata Awan jatuh tanpa henti-henti kerana tersedar kembali, lalu insaf kerana selama ini cintanya pada Hujan melebihi cinta pada Ilahi.

Hujan pun turun bersama air mata. Sakit, saat melepaskan. Tapi Allah lebih tahu segalanya... Perasaan ini hanya sementara. Mungkin Langit tidak mengerti akan kesakitan Awan dan Hujan. Langit hanya menyaksikan. Tapi belum tentu Langit itu faham pengorbanan.

Awan.... Hujan menghadiahkanmu Pelangi. Kamu lihat bukan?
Subhananllah...

28/08/2012

Mutiara Kata !!!

KALAU KITA BERUBAH UNTUK JADI BAIK KERANA ALLAH, ALLAH AKAN HANTAR ORANG-ORANG YANG BAIK UNTUK BERSAMA-SAMA KITA
Wanita Solehah Bertanya :
  
Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafazkan kata cinta saling balas-balasan,
bahkan sering ada jarak antara kita tercipta,
dan wujud pelbagai batasan di larang Tuhan,
Kita Ini Bercintakah?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis selalu beriringan,
dan masing-masing sibuk dengan diri untuk di persiapkan,
Kita Ini Bercintakah?


Lelaki Soleh Menjawab :


Awak,
Kita ini bercinta,
cuma bukan dengan definisi mereka,
tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita,
manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kata manis cinta berbalas-balasan,
tetapi dengan hubungan kita terhadap Hukum Tuhan,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari Seksa neraka,

Nanti bila bersama,
kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.

Awak,
Bukankan Itu Adalah Cinta?