Dengan nama Mu Ya Allah, tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang... Hanya kebaikan yang kami dambakan di setiap celahan ketetapan yang telah Engkau rencanakan... Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami.... serta bagi insan-insan disekeliling kami... Semoga kebaikan dan keberkatan dari rencanaMu menyebar dan dirasai setiap jiwa-jiwa yang beriman... Permudahkanlah jalan kami dalam melusuri setiap rencana yang kau tetapkan Ya Allah......
Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia
27/05/2012
Kisah Hari Pembalasan
1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.
Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”.
Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka.
Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).
Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka - nafsi-nafsi
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala.
Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka.
Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering.
Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan.
Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing.
Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja.
Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya.
Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya.
Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan.
Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun.
Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.
Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi".
Maka mereka pun pergi mencari para Nabi.
Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala.
Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw.
Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.
14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.
Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah.
Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya.
Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar.
Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang .
Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut.
Lalu dimulakan timbangan amal.
Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing.
Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim.
Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat.
Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan.
Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun.
Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi.
Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka.
Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat.
Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka.
Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki.
Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu.
Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
21/05/2012
Doa Rejab
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ
(Allahumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan)
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan". (HR Baihaqi)
(Allahumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan)
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan". (HR Baihaqi)
17/05/2012
Anak anak ku
Anak anak ku
ingatlah hidup ini tidak seindah yang engkau gambarkan tidak setenang yang engkau lukiskan tidak semudah yang engkau sangkakan
Anak anak ku
ketika engkau kecil segala kemahuan mu cuba ibu kabulkan yang tiada ibu adakan yang koyak ibu tampalkan yang rosak ibu cantikkan yang usang ibu warnakan yang hitam ibu putihkan yang keruh ibu jernihkan yang kotor ibu bersihkan
Anak anak ku
jika engkau telah dewasa ilmu itu penyuluh dunia tuntutlah ia walau di mana
hanya satu yang ibu pinta yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan penuhkan didada ilmu akhirat Insya Allah ilmu dunia pasti kan ada
Anak anak ku
ingatlah hidup biar berpada gembira ada perenggan pergaulan ada batasan bergurau ada sempadan jangan sampai ada yang terasa akibatnya amat derita
Anak anak ku
jangan jadi lalat yang hanya memandang tempat yang kotor dan busuk walaupun masih banyak tempat yang bersih dan wangi jadilah seperti lebah yang sentiasa mencari dan hinggap di tempat yang cantik dan harum
Anak anak ku
ingatlah yang penting bukan apa yang kita pandang tetapi bagaimana cara kita memandang jangan jadikan ujian hidup penghalang untuk terus bersyukur
Anak anak ku
kelebihan pastinya mengatasi kekurangan kesenangan tentunya melebihi kesukaran kerana janji Allah "Sesungguhnya pada kesukaran itu ada kelapangan" cari lah ia dengan sabar dan takwa
Anak anak ku
jika ibu telah tiada tiada belaian serta ciuman tiada leteran serta teguran usah sedih usah berduka kerana tugas mu belum terlaksana
Anak anak ku
junjunglah maruah agama bangsa dan negara kiliklah maruah keluarga bijaklah membawa diri kerana doa ibu telah tiada
Anak anak ku
engkau tidak pernah ibu lupa kerana engkau anak anak ibu tercinta
16/05/2012
Tiada Kata Secantik Bahasa
Tiada kata secantik bahasa
untukmu mak yang tercinta
Walau jasad dimamah usia
Atau nyawa telah tiada
Tiada kata secantik bahasa
untuk membalas jasa mak
hanya doa selalu bersama
agar mak diberkati Yang Esa
agar mak ditempatkan di syurga Nya
untuk menggambarkan pengorbanan
yang mak berikan tanpa mengira masa
Tiada kata secantik bahasa
untuk mentafsirkan setiap kata nasihat
yang mak berikan dari kecil hingga dewasa
Tiada kata secantik bahasa
untuk menterjemahkan setiap yang mak bicara
kerana ada maksud disebaliknya
Tiada kata secantik bahasa
untuk menyatakan betapa mak sanggup
menanggung segala derita asalkan anak bahagia
Tiada kata secantik bahasa
untuk melukiskan raut wajah mak
yang sentiasa tenang walaupun ujian menimpa
Tiada kata secantik bahasa
untuk menggambarkan perbuatan mak
yang sanggup berjuang apa saja
Tiada kata secantik bahasa
Tiada kata secantik bahasa
Tiada kata secantik bahasauntukmu mak yang tercinta
Walau jasad dimamah usia
Atau nyawa telah tiada
Tiada kata secantik bahasa
untuk membalas jasa mak
hanya doa selalu bersama
agar mak diberkati Yang Esa
agar mak ditempatkan di syurga Nya
07/05/2012
Belajarlah sayang
Belajarlah sayang supaya terus bersyukur walaupun kekurangan
Belajarlah sayang supaya terus ikhlas walaupun tidak rela
Belajarlah sayang supaya terus taat walaupun berat
Belajarlah sayang supaya terus memahami walaupun tidak sehati
Belajarlah sayang supaya terus setia walaupun banyak godaan
Belajarlah sayang supaya terus mengasihi walaupun kau disakiti
Belajarlah ssayang supaya terus tenang walaupun kau sedang gelisah
Belajarlah sayang supaya terus percaya walaupun susah
Percayalah sayang bahawa Allah masih sanggup menolongmu
itulah tanda Allah sayangkan kamu
06/05/2012
Wanita Itu
Wanita itu
mendidik mata, hati, jiwa dan diri
agar sentiasa berada di jalan Illahi
kerana mereka tidak ingin menjadi
Wanita yang
di matanya penuh kebencian
di hatinya penuh dendam
di jiwanya penuh kebosanan
di dirinya penuh kesakitan
di hatinya penuh keikhlasan
di jiwanya penuh kecintaan
di dirinya penuh keredhaan
Wanita itu
matanya dididik penuh cahaya
hatinya dididik penuh sabar
jiwanya dididik penuh tenang
dirinya terdidik penuh keimanan
Wanita itu
sentiasa berusaha mendidik mata, hati, jiwa dan diri
agar sentiasa berada di jalan Illahi
kerana mereka tidak ingin menjadi
Wanita yang
di matanya penuh kebencian
di hatinya penuh dendam
di jiwanya penuh kebosanan
di dirinya penuh kesakitan
03/05/2012
Munajat
Tuhan…kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Bisikkanku untukMu munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu pada desiran penuh syahduGelombang lautan rinduku
Munajatku dalam syahdu merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpunanMu keagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku
Tuhan… kubisikkan Kerinduan... Keinsafan… Pengharapan…
Tuhan…kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Padanya ada kamanisan ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman
Munajatku dalam syahdu merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpunanMu keagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku
Tuhan… kubisikkan kerinduan... keinsafan… pengharapan…
Tuhan…kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Ikhlas
Sesungguhnya hidup ini indah jika kita bijak menguruskannya. Setiap masalah pasti ada penyelesaian jika 'kena' caranya. Setiap kesusahan pasti ada pertolongan jika 'kena' kata-katanya. Setiap kesedihan pasti ada kegembiraan jika 'kena' tindakannya.
Tapi..... bila ada penyelesaian, pertolongan dan kegembiraan janganlah kita mengambil kesempatan. Berpada-pada lah. Setiap yang datang belum tentu berterusan keikhlasannya. Kerana kita hanya insan yang mudah lalai, lemah, alpa dan lupa akan janji-janjiNya. Benar tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Memberi lagi baik dari menerima.
Tapi... Jika penerima asyik meminta, ikhlaskah pemberi akhirnya? Pemberian.... bukan dalam bentuk wang dan harta boleh juga menjadi tenaga dan doa. Berdoalah.... agar hati kita dididik sentiasa ikhlas dalam memberi kerana nilainya tidak terhingga. ALLAH HU AKBAR !!!!!
Untuk Mu Suami
Pernikahan atau perkahwinan
Menyingkap tadbir rahsia
Isteri yang kamu nikahi
Tidaklah samulia Khadijah
Tidaklah setakwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah
Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita menjadi solehah
Menyingkap tadbir rahsia
Isteri yang kamu nikahi
Tidaklah samulia Khadijah
Tidaklah setakwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah
Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita menjadi solehah
Mengajar kita kewajipan bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawarnya
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah melurusnya
Pernikahan atau perkahwinan
Menginsafkan kita perlunya iman dn takwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana
Kamu akan tersentak daripada alpa
Justeru kamu bukanlah Rasullullah S.A.W
Pun bukan Saidina Ali R.A
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh
Amin....
Selamat Hari Jadi Isteriku
Wahai Isteriku, semoga Allah sentiasa merahmatimu.. Pesanan ikhlas daripada Abang untuk dirimu yang bergelar isteri... Sayangku, sesungguhnya...
- Semakin meningkatnya usia kita, maka semakin dekatlah kematian menjemput kita.
- Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin jauhlah kita daripada masa lampau kita.
- Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin matanglah pemikiran kita.
- Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah tanggungjawab kita kepada manusia lainnya.
- Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah soalan yang akan diajukan kepada kita oleh Allah Azza Wa Jalla di Yaumul Qiamah.
- Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin bertambahlah juga amanah dan tanggungjawab kita kepada suami, isteri, anak-anak dan keluarga.
- Semakin bertambahnya usia kita maka semakin hampirlah kita kepada hari yang dijanjikan Allah iaitu Yaumul Zalzalah.
- Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah catatan amalan daripada Malaikat Roqib dan Atid petugas Allah.
- Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin dekatlah masa penantian Malaikat Izrail Alaihissalam menjemput kita.
Oleh itu isteriku, dengarlah nasihat daripada suami mu ini...
- Sekiranya usiamu bertambah tetapi tidak bertambahnya kebaikanmu kepada Allah, maka ketahuilah kamu telah jauh kepada Allah.
- Sekiranya usiamu bertambah tetapi tidak bertambahnya Iman, ilmu serta amalan takwa mu kepada Allah, maka ketahuilah hidup mu tiada makna.
Demikian itu isteriku... Jagalah beberapa perkara ini, biar seiring dengan usiamu,
- Perbanyakkanlah mengingati Allah, kerana dengan mengingati Allah hidupmu pasti Qona'ah.
- Perbanyakkanlah membaca al-Quran dan maknanya, kerana dengan membaca al-Quran hidupmu penuh dengan barakah serta panduan hidayah.
- Perbanyakkanlah selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W, kerana dengan perbanyakkan selawat serta mencontohi akhlak perilakunya, hidupmu akan selamat dan tidak akan tersesat dari hidayah Allah.
- Perbanyakkan patuh dan taat pada suamimu, kerana kau adalah amanah Allah buatnya, kerana dengan kepatuhanmu seperti itu akan membuatkanmu berbahagia sampailah ke Jannah.
- Perbanyakkan bangun di sepertiga malam solat tahajjud bermunajat kepada Tuhanmu, kerana dengan itu kau pasti mendapat kemanisan Iman yang kuat dan teguh kepada Allah.
- Perbanyakkanlah menutup keaiban suamimu kerana dengan itu, Allah akan menutup keaibanmu di dunia dan di Akhirat ketika dihimpunkan manusia di Mahkamah Allah.
- Perbanyakkanlah berdiam ketika suamimu sedang mengalunkan nasihat berhikmah padamu, kerana dengan itu membuatkan suamimu tenang dan menfirasatkanmu sebagai isteri yang taat dan patuh.
- Perbanyakkanlah mendidik amanah anakmu dengan Syariatillah Azza Wa jalla, kerana dengan itu hidupmu akan sentiasa diawasi, dilindungi serta dijaga Allah. (Ihfazillah Yahfazka)
- Perbanyakkanlah mengingati Mati kerana dengan itu akan melembutkan hatimu serta dapat mematikan keinginanmu kepada dunia yang bakal hancur dan musnah!
- Perbanyakkan kemesraanmu bersama sahabat-sahabatmu dan menyambungkan silaturrahim bersama ahli keluarga terdekatmu, kerana dengan itu hidupmu tiada dibelenggu musuh.
- Perbanyakkan rasa ikhlas dalam berniat melakukan amal ibadah kepada Tuhanmu sebagai bekalan menuju Allah di Yaumul Qiamah.
- Perbanyakkan mengamalkan zikir dan tasbih Fatimah az-Zahrah iaitu Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar kerana ia adalah nasihat berharga dari Rasulullah S.A.W untuk meraih inayah Allah sebagai amalan bagi wanita Muslimah.
"Ya Allah jadikanlah hubungan kami hubungan yang mesra dan indah,
yang boleh melahirkan kebahagiaan mawaddah wa rahmah,
di dunia dan di yaumul qiamah, agar kami dapat memasuki Jannah-Mu ya Allah." Amin!
yang boleh melahirkan kebahagiaan mawaddah wa rahmah,
di dunia dan di yaumul qiamah, agar kami dapat memasuki Jannah-Mu ya Allah." Amin!
"Semoga kau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, bertambahnya Iman dan amalan untuk mendekatkan diri kepada Yang di Kasihi Iaitu Robbul Izzati dan Rasulullah yang Dirindui "
Selamat Hari Jadi Wahai Isteriku!
Ikhlas Dari Suamimu
02/05/2012
Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..
Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..
Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..
Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri..
Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..
Carilah kebaikan itu pada dirinya.
Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu
Subscribe to:
Posts (Atom)