Dengan nama Mu Ya Allah, tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang... Hanya kebaikan yang kami dambakan di setiap celahan ketetapan yang telah Engkau rencanakan... Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami.... serta bagi insan-insan disekeliling kami... Semoga kebaikan dan keberkatan dari rencanaMu menyebar dan dirasai setiap jiwa-jiwa yang beriman... Permudahkanlah jalan kami dalam melusuri setiap rencana yang kau tetapkan Ya Allah......

Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia

03/05/2012

Selamat Hari Jadi Isteriku


Wahai Isteriku, semoga Allah sentiasa merahmatimu.. Pesanan ikhlas daripada Abang untuk dirimu yang bergelar isteri... Sayangku, sesungguhnya...
  • Semakin meningkatnya usia kita, maka semakin dekatlah kematian menjemput kita.
  • Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin jauhlah kita daripada masa lampau kita.
  • Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin matanglah pemikiran kita.
  • Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah tanggungjawab kita kepada manusia lainnya.
  • Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah soalan yang akan diajukan kepada kita oleh Allah Azza Wa Jalla di Yaumul Qiamah.
  • Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin bertambahlah juga amanah dan tanggungjawab kita kepada suami, isteri, anak-anak dan keluarga.
  • Semakin bertambahnya usia kita maka semakin hampirlah kita kepada hari yang dijanjikan Allah iaitu Yaumul Zalzalah.
  • Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah catatan amalan  daripada Malaikat Roqib dan Atid petugas Allah.
  • Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin dekatlah masa penantian Malaikat Izrail Alaihissalam menjemput kita.
Oleh itu isteriku, dengarlah nasihat daripada suami mu ini... 
  • Sekiranya usiamu bertambah tetapi tidak bertambahnya kebaikanmu kepada Allah, maka ketahuilah kamu telah jauh kepada Allah.
  • Sekiranya usiamu bertambah tetapi tidak bertambahnya Iman, ilmu serta amalan takwa mu kepada Allah, maka ketahuilah hidup mu tiada makna.
Demikian itu isteriku... Jagalah beberapa perkara ini, biar seiring dengan usiamu,
  • Perbanyakkanlah mengingati Allah, kerana dengan mengingati Allah hidupmu pasti Qona'ah.
  • Perbanyakkanlah membaca al-Quran dan maknanya, kerana dengan membaca al-Quran hidupmu penuh dengan barakah serta panduan hidayah.
  • Perbanyakkanlah selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W, kerana dengan perbanyakkan selawat serta mencontohi akhlak perilakunya, hidupmu akan selamat dan tidak akan tersesat dari hidayah Allah.
  • Perbanyakkan patuh dan taat pada suamimu, kerana kau adalah amanah Allah buatnya, kerana dengan kepatuhanmu seperti itu akan membuatkanmu berbahagia sampailah ke Jannah.
  • Perbanyakkan bangun di sepertiga malam solat tahajjud bermunajat kepada Tuhanmu, kerana dengan itu kau pasti mendapat kemanisan Iman yang kuat dan teguh kepada Allah.
  • Perbanyakkanlah menutup keaiban suamimu kerana dengan itu, Allah akan menutup keaibanmu di dunia dan di Akhirat ketika dihimpunkan manusia di Mahkamah Allah.
  • Perbanyakkanlah berdiam ketika suamimu sedang mengalunkan nasihat berhikmah padamu, kerana dengan itu membuatkan suamimu tenang dan menfirasatkanmu sebagai isteri yang taat dan patuh.
  • Perbanyakkanlah mendidik amanah anakmu dengan Syariatillah Azza Wa jalla, kerana dengan itu hidupmu akan sentiasa diawasi, dilindungi serta dijaga Allah. (Ihfazillah Yahfazka)
  • Perbanyakkanlah mengingati Mati kerana dengan itu akan melembutkan hatimu serta dapat mematikan keinginanmu kepada dunia yang bakal hancur dan musnah!
  • Perbanyakkan kemesraanmu bersama sahabat-sahabatmu dan menyambungkan silaturrahim bersama ahli keluarga terdekatmu, kerana dengan itu hidupmu tiada dibelenggu musuh.
  • Perbanyakkan rasa ikhlas dalam berniat melakukan amal ibadah kepada Tuhanmu sebagai bekalan menuju Allah di Yaumul Qiamah.
  • Perbanyakkan mengamalkan zikir dan tasbih Fatimah az-Zahrah iaitu Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar kerana ia adalah nasihat berharga dari Rasulullah S.A.W untuk meraih inayah Allah sebagai amalan bagi wanita Muslimah.
"Ya Allah jadikanlah hubungan kami hubungan yang mesra dan indah,
 yang boleh melahirkan kebahagiaan mawaddah wa rahmah,
di dunia dan di yaumul qiamah, agar kami dapat memasuki Jannah-Mu ya Allah." Amin!
"Semoga kau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, bertambahnya Iman dan amalan untuk mendekatkan diri kepada Yang di Kasihi Iaitu Robbul Izzati dan Rasulullah yang Dirindui "
Selamat Hari Jadi Wahai Isteriku!
Ikhlas Dari Suamimu

No comments:

Post a Comment