Dengan nama Mu Ya Allah, tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang... Hanya kebaikan yang kami dambakan di setiap celahan ketetapan yang telah Engkau rencanakan... Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami.... serta bagi insan-insan disekeliling kami... Semoga kebaikan dan keberkatan dari rencanaMu menyebar dan dirasai setiap jiwa-jiwa yang beriman... Permudahkanlah jalan kami dalam melusuri setiap rencana yang kau tetapkan Ya Allah......

Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia

29/08/2012

Cintanya Awan Pada Hujan

"Hujan, tolong jangan pergi...." Kata Awan

"Awan..., ada waktunya melepaskan itu lebih baik. Aku tidak sanggup melihatmu menanggung beban di dadamu hanya kerana tidak ingin aku pergi.".... Kata Hujan


"Tapi aku masih mampu..." Kata Awan

Hujan tersenyum sambil berkata:

"Ya, mungkin kau masih mampu. Tapi sampai bila kau akan mampu bertahan..?"

Awan terdiam....

"Aku harus patuh pada perintah Tuhan, dan kau harus akur pada takdirNya. Dia tahu betapa beratnya kau menanggung beban, kerana itu Dia perintahkan aku untuk turun ke bumi membasahi hamparan ciptaanNya yang Maha Agong, menyejukkan tanah-tanah gersang yang lebih memerlukan aku daripada kau perlukan aku." Kata Hujan

Didada Awan masih sedih, kesedihan itu membuatkan jiwa Awan terlalu mendung...

"Wahai Awan.. sungguh, kadang-kadang melepaskan itu lebih baik walaupun saat itu terasa begitu berat sekali. Tapi, Allah kan ada? Mengapa mahu bersedih?" Kata Hujan pada Awan..... Hujan sebak menahan perasaan...

"Pergilah kau Hujan. Aku rela demi Tuhanku dan Tuhanmu. Hanya demi Tuhanku aku redha... Terima Kasih Hujan. Mendengar kata-katamu, aku lebih mengenal siapa diriku." Kata Awan

Allahuuuuuu Rabbiiiiiiiiiiii...  Selamat tinggal wahai Awan. Doakan aku bermanafaat untuk mereka yang lain.... Allahuakbar!!!!!!!" Jerit Hujan bersama guruh berdentum kuat...

Airmata Awan jatuh tanpa henti-henti kerana tersedar kembali, lalu insaf kerana selama ini cintanya pada Hujan melebihi cinta pada Ilahi.

Hujan pun turun bersama air mata. Sakit, saat melepaskan. Tapi Allah lebih tahu segalanya... Perasaan ini hanya sementara. Mungkin Langit tidak mengerti akan kesakitan Awan dan Hujan. Langit hanya menyaksikan. Tapi belum tentu Langit itu faham pengorbanan.

Awan.... Hujan menghadiahkanmu Pelangi. Kamu lihat bukan?
Subhananllah...

28/08/2012

Mutiara Kata !!!

KALAU KITA BERUBAH UNTUK JADI BAIK KERANA ALLAH, ALLAH AKAN HANTAR ORANG-ORANG YANG BAIK UNTUK BERSAMA-SAMA KITA
Wanita Solehah Bertanya :
  
Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafazkan kata cinta saling balas-balasan,
bahkan sering ada jarak antara kita tercipta,
dan wujud pelbagai batasan di larang Tuhan,
Kita Ini Bercintakah?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis selalu beriringan,
dan masing-masing sibuk dengan diri untuk di persiapkan,
Kita Ini Bercintakah?


Lelaki Soleh Menjawab :


Awak,
Kita ini bercinta,
cuma bukan dengan definisi mereka,
tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita,
manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kata manis cinta berbalas-balasan,
tetapi dengan hubungan kita terhadap Hukum Tuhan,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari Seksa neraka,

Nanti bila bersama,
kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.

Awak,
Bukankan Itu Adalah Cinta?




Jika Rindukan Seseorang....

Buat anak-anak ummi, adik-adikku serta saudara-saudaraku.....


Jika RINDUKAN SESEORANG, PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :
 
" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu...  Aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku...  tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia.."
  

Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik...


Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi...


Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya...


Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi...


Dan Dengan 'JARAK' ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai...

 

"Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini... terima kasih kerana memberikan 'JARAK' itu kepada aku dan dia..."

06/08/2012

Ujian....

Hidup adalah  untuk diuji. Ujian itu tiadak akan ada henti. Selagi kita diuji selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah... Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Ujian itu jalan untuk meningkatkan iman.
Allah memperkenalkan Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah memperkenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah memperkenalkan Dirinya yang Maha Penyabar.
Tiada hari tanpa diuji. Ujian Allah berbeza mengikut daya upaya hambanya. Semoga dengan ujian itu kenal kita kepada Allah semakin tinggi... dan akhirnya cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat dari hari ke hari. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu tandanya kenal kita belum sempurna.
Ujian membuktikan bahawa disebalik kuasa diri yang sering kita banggakan, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. 
Sentiasa bersangka baik bukan bermakna hanya yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi ianya bermakna hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi sesuatu yang tidak baik dengan hati yang baik.
Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta... jangan kecewa, marah apalagi mencela.Tetapi tanyalah diri, apakah maksud baik Allah disebalik semua itu yakni ujianNya.
Dengarlah bisikan tarbiah Allah disebalik segala ujian. Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting. Peganglah prinsip Nabi Muhammad SAW dalam menghadapi apa jua ujian yang melanda..."aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakan aku!"

Jangan dipinta hidup yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!!!