Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tiadak akan ada henti. Selagi kita diuji selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah... Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Ujian itu jalan untuk meningkatkan iman.
Allah memperkenalkan Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah memperkenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah memperkenalkan Dirinya yang Maha Penyabar.
Tiada hari tanpa diuji. Ujian Allah berbeza mengikut daya upaya hambanya. Semoga dengan ujian itu kenal kita kepada Allah semakin tinggi... dan akhirnya cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat dari hari ke hari. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu tandanya kenal kita belum sempurna.
Ujian membuktikan bahawa disebalik kuasa diri yang sering kita banggakan, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa.
Sentiasa bersangka baik bukan bermakna hanya yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi ianya bermakna hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi sesuatu yang tidak baik dengan hati yang baik.
Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta... jangan kecewa, marah apalagi mencela.Tetapi tanyalah diri, apakah maksud baik Allah disebalik semua itu yakni ujianNya.
Dengarlah bisikan tarbiah Allah disebalik segala ujian. Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting. Peganglah prinsip Nabi Muhammad SAW dalam menghadapi apa jua ujian yang melanda..."aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakan aku!"
Jangan dipinta hidup yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!!!
No comments:
Post a Comment