Suatu petang saya dijemput oleh ahli mesyuarat untuk menikmati minum petang ‘meehoon soto’. Mesyuarat telah tamat dan makanan yang berlebihan terlalu banyak. Saya mengambil makanan tersebut lalu menjemput semua rakan-rakan sepejabat untuk bersama-sama berkongsi minum petang. Rata-rata sahabat membungkus makanan tersebut untuk dibawa pulang kerana waktu pejabat telah hampir tamat.
Memang benar jika kita hendak membuat kebaikkan syaitan akan hadir, menghasut. Apabila rakan-rakan membungkus makanan tersebut, terdetik dihati. ‘hisshhh!! Kalau aku tak bagitau dia orang, tentu aku boleh bawa balik semuanya. Cukuplah untuk makan anak-anak dan suami.’
‘Napelah aku ni bodoh sangat panggil dia orang, kalau aku bungkus diam-diam pun orang tak tahu… cukup untuk makan malam nanti.’ Syaitan makin ligat mencucuk jarum.
Tiba-tiba hati ku berkata, ‘tak pelah, malam nanti aku masak untuk anak-anak dan suami. Bahan-bahan semuanya dah ada. Mungkin Allah nak anak-anak dan suami aku makan makanan yang lebih berkat dari meehoon soto nii.’ aku membetulkan hati yang mula terpesong dengan godaan syaitan.
…………
Ketika mengemaskan meja, tiba-tiba datang sahabat se’ofis’ ku. Dihulurkan satu bungkusan plastik kepadaku. Sambil mulutnya lancar berkata, “Akak, ni ada keropok lekor, saya bawa untuk anak-anak akak.” SUBAHANALLAH !!! Aku terdiam seketika, bibirku melafazkan terima kasih beberapa kali kepada sahabat ku itu sambil dalam hati aku bersyukur dengan rezeki yang tidak disangka-sangka. Keropok lekor Terengganu memang kegemaran anak-anak dan suami aku.
Tiada daya upayaku melainkan dengan pertolongan Mu, Ya Allah. Aku yakin dengan kuasa Mu Ya Allah. Sesungguhnya hidup dan mati ku hanyalah untuk Mu Ya Allah. Sesungguhnya diriku berada di dalam pemerhatian Mu Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.
Firman Allah dalam Surah az-Zalzalah ayat 7-8: “Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikkan seberat zarah, nescaya Dia akan melihat (balasan) nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya Dia akan melihat (balasan) nya.”
Oleh itu sentiasalah membuat kebaikkan dengan ikhlas, balasannya pasti kebaikkan. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment