Dengan nama Mu Ya Allah, tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang... Hanya kebaikan yang kami dambakan di setiap celahan ketetapan yang telah Engkau rencanakan... Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami.... serta bagi insan-insan disekeliling kami... Semoga kebaikan dan keberkatan dari rencanaMu menyebar dan dirasai setiap jiwa-jiwa yang beriman... Permudahkanlah jalan kami dalam melusuri setiap rencana yang kau tetapkan Ya Allah......

Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia

13/05/2013

Ikhlas

Suatu petang saya dijemput oleh ahli mesyuarat untuk menikmati minum petang ‘meehoon soto’. Mesyuarat telah tamat dan makanan yang berlebihan terlalu banyak. Saya mengambil makanan tersebut lalu menjemput semua rakan-rakan sepejabat untuk bersama-sama berkongsi minum petang.  Rata-rata sahabat membungkus makanan tersebut untuk dibawa pulang kerana waktu pejabat telah hampir tamat.
Memang benar jika kita hendak membuat kebaikkan syaitan akan hadir, menghasut. Apabila rakan-rakan membungkus  makanan tersebut, terdetik dihati. ‘hisshhh!! Kalau aku tak bagitau dia orang, tentu aku boleh bawa balik semuanya. Cukuplah untuk makan anak-anak dan suami.’
‘Napelah aku ni bodoh sangat panggil dia orang, kalau aku bungkus diam-diam pun orang tak tahu… cukup untuk makan malam nanti.’ Syaitan makin ligat mencucuk jarum.
Tiba-tiba hati ku berkata, ‘tak pelah, malam nanti aku masak untuk anak-anak dan suami. Bahan-bahan semuanya dah ada. Mungkin Allah nak anak-anak dan suami aku makan makanan yang lebih berkat dari meehoon soto nii.’ aku membetulkan hati yang mula terpesong dengan godaan syaitan.
…………
Ketika mengemaskan meja, tiba-tiba datang sahabat se’ofis’ ku. Dihulurkan satu bungkusan plastik kepadaku. Sambil mulutnya lancar berkata, “Akak, ni ada keropok lekor, saya bawa untuk anak-anak akak.” SUBAHANALLAH !!! Aku terdiam seketika, bibirku melafazkan terima kasih beberapa kali kepada sahabat ku itu sambil dalam hati aku bersyukur dengan rezeki yang tidak disangka-sangka. Keropok lekor Terengganu memang kegemaran anak-anak dan suami aku.
Tiada daya upayaku melainkan dengan pertolongan Mu, Ya Allah. Aku yakin dengan kuasa Mu Ya Allah. Sesungguhnya hidup dan mati ku hanyalah untuk Mu Ya Allah. Sesungguhnya diriku berada di dalam pemerhatian Mu Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.
Firman Allah dalam Surah az-Zalzalah ayat 7-8: “Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikkan seberat zarah, nescaya Dia akan melihat (balasan) nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya Dia akan melihat (balasan) nya.”
Oleh itu sentiasalah membuat kebaikkan dengan ikhlas, balasannya pasti kebaikkan.  Insya Allah.

Selamat Hari Guru

12/05/2013

Nikmat

Kita berbicara dan mengajak khalayak tanpa jemu. Topiknya serupa. Ia perkongsian merasai nikmat Allah terhadap beberapa suruhan dan amalan yang dianjurkan oleh al-Quran dan hadis. Ia hanya ajakan. Sudi atau tidak terpulang kepada khalayak.

Di sini, saya selalu ungkapkan,

Hampir mustahil kita tidak boleh melaksanakan apa yang disarankan oleh Baginda SAW. Tidak masuk akal kita tidak mampu melaksanakan (meninggalkan) apa yang disuruh (ditegah) oleh Allah SWT. Jangan kata begitu. Boleh. Bagaimanapun, jika kita tidak mahu melakukan, itu soal lain. Ia pilihan kita sendiri.

Islam ada aturannya. Orang sakit ada caranya. Mereka yang bermusafir ada pilihannya. Orang tua juga begitu. Tertidur atau terlupa (sungguh-sungguh begitu) ada kaedahnya. Selalunya kita berdolak-dalih. Berilmu tetapi sengaja tidak mahu mengamalkannya.

Semalam kami – bersama kenalan – berkumpul di Haram (panggilan untuk Masjid Nabawi). Beliau berkata,

Akhirnya, semalam saya bangun malam dan kemudiannya berpuasa sunat hari Khamis. Sehingga ke hari ini saya merasai sesuatu yang luar biasa. Ia tidak dapat diceritakan.

Benar, banyak ilmu yang diketahui nikmatnya melalui amal. Cubalah lakukannya dengan bersungguh. Bagi manusia biasa-biasa, nikmatnya luar biasa. Percubaan pertama selalunya menjadi penghalang. Minda dibalut perasaan yang ia terlalu sukar untuk dilakukan.

Ramai yang menyebut, “saya mahu melakukannya tetapi tidak mampu istiqamah” sedangkan langkah pertama belum bermula. Istiqamah hanya muncul setelah melakukannya secara berkala.

Di sini persoalan istiqamah menarik. Solat lima waktu sehari semalam tidak perlu istilah istiqamah. Ia wajib. Jarang orang berfikir akan menyebut, “saya sukar istiqamah solat lima waktu” kerana mengetahui ia tidak sepatutnya begitu. Isu ini menjadi sebutan apabila dikaitkan dengan perkara-perkara sunat.

Istiqamah juga berperingkat. Ada mereka yang mahu (mampu) melakukannya setiap hari. Ada juga yang mahu melaksanakannya pada setiap hujung minggu. Dan seterusnya. Namun ada amalan yang sudah diatur jarak istiqamahnya. Misalnya, puasa Isnin dan Khamis,  puasa Nabi Daud dan beberapa amalan yang lain.

Jika kita tidak mampu melakukannya secara berterusan, tanyalah soalan ini, “Kenapa?”. Insya Allah kita tidak akan mendapat jawapan yang boleh menyukakan hati sendiri.
Kami mohon keampunanMu ya Allah.
Oleh:MKI



09/05/2013

Bulan Rejab





  

Mak...

Dari kecil sehingga dewasa, ibu jaga dengan penuh mesra, jangan ibu merasai sangsi, aku tetap sematkan dihati,  pada ibu tempat kasih sayang, jangan ibu merasai bimbang, biar apa pun akan terjadi, aku sanggup untuk menghadapi, ku berjanji ku akan berbakti, pesan ibu kan ku junjung tinggi, jiwa raga ku serahkan, pada ibu tempat kasih sayang, dari kecil sehingga dewasa, ibu jaga ku penuh belainya, segalanya yang ibu hadapi, aku tetap akan menghargai

Kau sinaran bulan menyerikan bintang-bintang kaulah fajar yang menerbitkan pagi, kau sirami embun menyegarkan pepohonan kau bukakan tabir siang untukku, kau berikan mama kasih  sayang maha suci betapa agungnya tiada ternilaikan, oh mama oh mamaku tiada cinta yang suci setulus cinta mu, ku suntingkan mama sekuntum mawar putih sebagai lambang kesucian cintaku
Kau diulit mimpi dia berjaga, kau bersenang dia bekerja, untuk mu tiada terbatas memberi  tak minta dibalas, ingin dibinanya untuk mu kehidupan yang sempurna, punya kekuatan jiwa punyai maruah, leterannya dari rasa luhur menegur sebelum terlanjur,  itulah yang diwarisi pesan ibu terpahat dihati, beringat ingatlah berpesan pesan untuk kebaikkan, marah bukan kebencian tapi tanda sayang, engkau semakin dewasa berjiwa merdeka, sedang dia semakin tua membilang usia, disaat kau berjaya dia tiada berdaya, semoga kau tak lupa jasa bonda

Duhai apakah gerangan budi balasan bagi insan melahirkan membesarkan, bercucuran air mata bila mengenangkan, betapakah besar budi ibunda berikan, siang malam menderita hingga entah bila, sungguh besar pengorbanan ibunda berikan, tiada bahagia jika tiada doa puja restu, syurga itu ditelapak kaki ibu
Memancar sang suria bersinar cahayanya, begitulah berseri wajah ibu ku sayang, aku sayang ibu, ibu ku sayang ibu, sayang sayang ibu, ibu ku sayang, walaupun ibu letih mengasuh kami ini namun masih tersenyum menyejukkan hati, bila pulang sekolah ibu sambut kami, sembahyang sama ibu Alhamdulillah, ibu ku sayang kau lah serikandi selalu berkorban untuk kami, ibu ku sayang kau ibu mithali semoga Allah memberkati
Ibu ibu engkaulah ratu hatiku, bila ku berduka engkau hiburkan selalu, ibu ibu engkaulah ratu hatiku, tempat ku menyatakan kasih, wahai ibu, betapa tidak hanya engkaulah yang menyinari hidupku, sepanjang masa engkau berkorban, tidak putusnya bagai air lalu, ibu ibu engkaulah ratu hatiku, tempat ku menyerahkan kasih, wahai ibu
Tuhan Yang Esa... ampuni dosa ibu, tempatkan mereka di antara kekasih-kekasih Mu, oh ibu, kau kasih sejati, ku taburkan doa untuk mu ibu, ampunilah dosa ku sejak ku dilahirkan hingga akhir hayat ku, ibu.