Dengan nama Mu Ya Allah, tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang... Hanya kebaikan yang kami dambakan di setiap celahan ketetapan yang telah Engkau rencanakan... Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami.... serta bagi insan-insan disekeliling kami... Semoga kebaikan dan keberkatan dari rencanaMu menyebar dan dirasai setiap jiwa-jiwa yang beriman... Permudahkanlah jalan kami dalam melusuri setiap rencana yang kau tetapkan Ya Allah......

Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia

28/03/2012

Berlembutlah

Anak itu terpinga-pinga.... kenapa ibu menjerit kemarahan. Apa yang ibu marahkan. Akal fikiran anak kecil seusia 3 tahun tidak mampu mentafsirkan kata-kata ibunya. Lalu tanpa mengendahkan si ibu anak itu terus berlalu dan meneruskan permainannya.
Anak itu tersentak mendengar jeritan namanya oleh si ibu. Air mukanya berubah. Namun aktivitinya diteruskan jua. Jeritan ibu tidak terkesan di hatinya.
Jeritan ke tiga diperdengarkan. Dengan malas anak bangun mendapatkan ibu. "Nape buuu?". Wajah anak yang comel ditatap ibu, "PERGI MANDI!". Laaa.... ingatkan apa lah kesalahan si anak hinggakan ibu menjerit tiga kali. Rupa-rupanya suruh mandi. 
Inilah senario rumahtangga kini. Balik kerja ibu sibuk didapur. Ayah lepas jam 8.00 malam baru nampak bayang. Mangsanya anak di usia 3 tahun.
Ibu-ibu, nak suruh anak mandi bukan menjerit, tapi menuturkan kata-kata. Berapa ramai kah ibu ayah sekarang yang menuturkan kata-katanya lebih dari menjerit. Sesungguhnya menuturkan kata-kata itu lebih berkesan dari menjerit.                 Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
"Sesungguhnya Allah itu bersifat lemah lembut dan ia menyukai sifat lemah lembut. Dan Allah memberikan sesuatu dengan cara lemah lembut yang tidak diberikan dengan cara kekerasan, dan juga tidak diberikan sesuatu melainkan dengan cara lemah lembut." Riwayat Muslim
Kalau Allah boleh berlembut dengan kita, HAMBA NYA. Kenapa kita tidak boleh berlembut dengan mereka, ANAK ANAK KITA?

Hati dan mulut

          Kata di mulut tidak seiring kata di hati. Adakalanya mulut ingin meluahkan apa yang dirasakan oleh hati. Tetapi tidak terkeluar. Kenapa???? Sering kali hati berkata-kata sendirian, memberontak, menjerit, menangis, ketawa. Terlalu banyak kata-katanya. Tidak terhitung bilangannya. Tapi... adakah setiap kata-kata hati diluahkan oleh bibir.
          Hati sering berbicara sendirian. Berbicara tentang diri, rumahtangga, ibubapa, keluarga, sanak saudara, jiran tetangga termasuk negara dan dunia. Perbicaraan dan persoalan hati seringkali disimpan dan dibiarkan sahaja.
         Akal yang waras akan menapis segala perkataan hati. Wajarkah ianya di lontarkan oleh bibir. Kenapa tidak boleh????   Salahkah mengatakan apa yang dirasa? Salahkah meluahkan apa yang dicita? Salahkah melafazkan apa yang disuka...? Sesengguhnya meluahkan itu tidak salah, tetapi lihatlah, kajilah dan fikirkanlah adakah luahan itu akan memberi impak yang positif atau sebaliknya.
          Mulut, hati dan fikiran bertindak mengikut kehendak pemiliknya. Maka pilihlah yang terbaik buat diri anda. 

"Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya." (Asy - Syams: 9)

"Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat." (Asy - Syuara: 88-89)

16/03/2012

Nostalgia.....


Semalam kakak abang adik bergaduh, mak berpesan adik kakak abang jangan gaduh. Kalau anak-anak mak bergaduh nanti mak dan ayah berdosa. Anak-anak mak nak ke mak dan ayah berdosa? Kalau berdosa masuk neraka.... Maka abang kakak adik menjerit …..Tak Nak ! Tak Nak!... Nak mak dan ayah masuk syurga.
Hari ini kakak abang adik bergaduh lagi, mak ingatkan kakak abang adik jangan bergaduh. Kalau anak-anak mak bergaduh nanti mak dan ayah sakit. Kalau mak dan ayah sakit macam mana nak pergi kerja cari duit. Duit tu nak beli susu, beras, baju, buku, nak pergi jalan-jalan dan macam-macam lagi. Maka abang kakak adik menjerit .....Tak Nak! Tak Nak!.... Nak mak ayah sihat.
Besok kakak abang adik bergaduh lagi, mak dan ayah akan betulkan keadan. Kakak abang adik jangan bergaduh. Syaitan suka berkawan dengan orang yang suka bergaduh. Nak ke syaitan berkawan dengan kita? Maka abang kakak adik menjerit .....Tak Nak! Tak Nak!.... Nanti Allah tak sayang kita.
ITU KISAH KITA DALAM PROSES MENUJU KEDEWASAAN. BERGADUH DI ALAM KANAK-KANAK LUMRAH KEHIDUPAN. PAGI BERGADUH TENGAH HARI MAKAN SEPINGGAN. PERGADUHAN ITU PROSES PEMBELAJARAN.
BILA DEWASA PERGADUHAN TIDAK LAGI SEPERTI DULU. BILA BERGADUH JANGANKAN MAKAN SEPINGGAN SEBUT NAMA PUN TAK MAHU. AKU KE HILIR ENGKAU KE HULU. BOLEH BERLARUTAN KE ANAK CUCU.
KENAPA JADI BEGINI WAHAI KAKAK ABANG ADIK. TIDAK KASIHANKAH KEPADA MAK AYAH? SUDAH HILANGKAH NOSTALGIA SEWAKTU MAKAN SEMEJA, TIDUR SEBANTAL, MANDI, BELAJAR, BERMAIN BERSAMA DAN SEGALANYA. SEWAKTU KECIL BARANG SEDIKIT DIKONGSI BERSAMA, BILA SUSAH SALING MEMBANTU, BILA SAKIT SALING MENOLONG, BILA LUPA SALING MENGINGATKAN. KAKAK ABANG ADIK IBARAT IBARAT SATU BANGUNAN SALING MELENGKAPI ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA MASING-MASING MEMPUNYAI KELEBIHAN TERSENDIRI.
OLEH ITU WAHAI KAKAK ABANG ADIK JADIKANLAH NOSTALGIA DAHULU SATU KENYATAAN. MAK DAN AYAH TERSENYUM BAHAGIA. BARULAH APA YANG DICITA SAMA MERASA. INGATLAH KAKAK ABANG ADIK SETIAP KESUSAHAN AKAN ADA KESENANGAN ASALKAN SAHAJA BETUL CARA TINDAKAN.

Pesanan Buat Diriku Dan Saudaraku

     Wanita.... bukan mentimun, tergolek atau digolek tetap terluka. Wanita.... bukan lilin, yang harus membakar diri. Wanita.... tidak perlu rasa rendah diri, rasa terseksa, rasa perlu berkorban untuk orang lain atau mengorbankan diri.
     Wanita.... jadilah seperti mentari, memancarkan cahaya, menjadi sumber tenaga, mencerahkan bumi DAN segala isinya mendapat manfaat.
             Namun, sang mentari tidak sedikit pun kehilangan sinar dan tenaga.
     Wanita.... mesti teguh peribadi, menjaga penampilan dan maruah diri. Buatlah semua kebaikan dan perintah Allah, demi rasa cintakan Nya, bukan kerana cintakan suami, atau kerana takutkan ayah juga takut orang mengata.
     Wanita.... letakkan cinta hanya padaNya, rindu kasih dalam jiwa, tidak pernah sedetik melupakanNya. Patuhilah perintah Allah dari hati bukan dengan akal kerana ia membuatkan kita mampu menjadi hamba yang taat.


15/03/2012

Tahukah Anda

     Bibir adalah anggota badan yang termasuk dalam anggota wuduk yang terletak pada muka.Oleh itu ketika hendak berwuduk gincu wajiblah dibersihkan. Ini kerana gincu akan menghalang air daripada mengenai kulit anggota wuduk. Jika gincu tidak dibersihkan dengan sebersihnya maka wuduk kita tidak sah dan solat kita juga menjadi tidak sah.