Dengan nama Mu Ya Allah, tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang... Hanya kebaikan yang kami dambakan di setiap celahan ketetapan yang telah Engkau rencanakan... Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami.... serta bagi insan-insan disekeliling kami... Semoga kebaikan dan keberkatan dari rencanaMu menyebar dan dirasai setiap jiwa-jiwa yang beriman... Permudahkanlah jalan kami dalam melusuri setiap rencana yang kau tetapkan Ya Allah......

Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia

28/04/2012

Pelangi Selepas Hujan

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan, dan yang kita lihat hanyalah jalan suram dihadapan.

Lantas, kita marah kepada Tuhan. Kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu dan air mata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu tidak mustahil ada yang akan memilih kematian sebagai penyelesaian.

Fikirlah...
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering kontang?
Mengapa tidak ada hujan yang berpanjangan atau sinar mentari yang berterusan?
Mengapa harus ada malam dan dihiasi dengan bintang?
Mengapa harus hilang sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Untuk mengecapi kebahagiaan perlu ada pengorbanan. Setiap kesenangan harus ada bayaran. Sama seperti kehadiran pelangi yang memerlukan hujan.

Biarlah hadirnya hujan di dalam hati, kerana pasti ada pelangi yang menanti. Insya Allah.

26/04/2012

Kisah Benar....

Kisah Benar; (Diceritakan sendiri oleh ibu). Anak beliau baru berumur 2thn 8bln. Sudah beberapa hari mengadu sakit perut sembelit.. disebabkan tak tahan mendengar anaknya menagis, dia terus membawa anaknya ke hospital pada tengahhari Ahad. Sampai di hospital, doktor memaklumkan bahawa anaknya sembelit biasa saja, dan doktor hanya memberi ubat sembelit..
Balik ke rumah, anaknya masih menangis dan menunjukkan tempat sakit nya... Disebabkan tidak tahan mendengar dan melihat keadaan anaknya, beliau sekali lagi membawa anaknya pada 12 tengah malam hospital.. Jumpa doktor, doktor menasihati ibu agar tidak risau kerana anaknya hanya sembelit biasa.. "kami tak bagi ubat sebab tadi dah bagi ubat, so just follow makan ubat tu saja"..
Si ibu tak puas hati lalu bertanya lagi, "doktor, tak kan makan ubat tu saja, tak ada ubat lain ker? atau doktor tak nak x-ray anak saya ke? takut takut appendiks ker?" Doktor tersebut menjawab " tak perlu x-ray.. tak necessary pun.. dia tak ada appendiks, sebab dia tidak demam pun.. so puan bawak anak balik, and just bagi makan ubat tadi saja. puan boleh bagi ubat demam yang ada kat rumah untuk anak puan kalau dia sakit.. ubat demam boleh jadi ubat tahan sakit juga. kat rumah puan ada ubat demam kan.. so just mkn ubat demam tu lah"
Si ibu tertanya tanya.. "doktor, ubat demam bleh jadi ubat tahan sakit ker?" Doktor " boleh.....puan bawa balik saja anak puan.. kami tak bleh buat apa pun.. just sembelit biasa je" Si ibu ... bengang... dan tertanya2, kenapa tidak admit saja anaknya masuk wad. sepanjang malam anaknya asyik menangis... esoknya, tidak kurang juga walau pun dah makan ubat yang di syorkan, dia nekad bawa anaknya ke 'Hoapital Lain'... di sana sagala galanya terjawab.... Anak beliau di tahan di wad di x-ray, dan didapati usus anaknya bengkak dan tersumbat. dan terpaksa dibedah malam itu juga sebab dah kritikal.. doktor memberitahu bahawa usus kecil anaknya dah termasuk ke dalam usus besar anaknya... menyebabkan najis tidak boleh keluar, dan tersumbat.. ususnya juga bengkak... esoknya dia bertanya kepada doktor bedah.. "doktor kalau saya terlambat bawa anak macam mana? atau saya bawa anak saya ni pada masa yang tepat ke?
"Doktor gelak "kalau terlambat, usus boleh pecah dan boleh mati.. sebenarnya puan lambat.. kalau datang awal, mungkin tidak perlu bedah... sekarang ni ni saja lah solutionnya"
Lepas bedah, si anak kena puasa sekurang kurangnya 3 hingga 4 hari. tak boleh makan.. sebab takut bahaya, kerana ia melibatkan usus... kesian si kecil tu....merayu rayu nak minum susu.. bila penat menangis, dia akan tertidur.. bila bangun menangis lagi.. lapar... sampai kehabisan tenaga untuk menangis.. doktor hanya boleh masukkan drip air dan ubat tapi tidak sama rasanya makanan masuk ikut mulut dengan masuk ikut tangan...
So, Jangan pandang ringan setiap kesakitan anak-anak, walaupun ringan bagi orang dewasa tetapi tidak bagi kanak-kanak.

24/04/2012

Terima Kasih

Berapa ramaikah di antara kita yang setiap hari bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan oleh Allah. Pangkat yang besar, kereta yang mewah, rumah yang gah, barang kemas yang berkilauan, wang ringgit yang berlebihan, pakaian yang berharga ribuan serta segala macam yang melambangkan kemewahan. Dilengkapi dengan cara berjalan yang angkuh, cara bercakap yang lantang dan sifat yang sombong, seolah-olah kita perlu dihormati bukan menghormati.
          Takut benar untuk merendahkan diri. Mungkin takut dipijak dan dihenyak! Mungkin takut ditagih simpati mereka yang tidak upaya! Atau.. Mungkin merasakan darjat kita tidak serupa!
          Wahai Saudara ku, sesungguhnya INGAT lah. Apa yang kita punya itu milik DIA. Kita hanya diamanahkan buat sementara. Berterima kasih dan bersyukurlah kepada Nya kerana kita diberi kelebihan, keistimewaan dan menjadi hamba pilihan untuk membantu mereka yang terpilih mendapat ujian kesusahan.         
         Berapa ramaikah di antara kita yang berterima kasih kepada jantungnya, matanya, otaknya, kakinya dan segala anggota yang dikurniakan oleh Allah. Saudara ku, berapa kali kita meletakkan tangan ke jantung dan merasai denyutannya? Rasalah, adakah denyutan hari ini sama seperti semalam, hari esok sama seperti hari ini. Usaplah dan belailah jantung kita dan katakan padanya " terima kasih jantungku, aku doakan engkau sentiasa sihat dan kuat". Senyumlah, seolah-olah kita sedang senyum kepada jantung anda. Jika jantung kita sihat, diri  kita juga sihat.
          Buatlah pada setiap anggota tubuh yang terlalu berjasa kepada kita. Anggota tubuh yang setia melaksanakan tugasnya tanpa meminta imbuhan.
         Marilah kita membuat perubahan dengan bersyukur dan berterima kasih pada apa yang kita ada. Sesungguhnya fizikal dan mental yang sihat melahirkan emosi dan roh yang kuat.

19/04/2012

Ya Allah... aku tahu

Ya Allah, aku tahu setiap ujian adalah tarbiyyah dari Mu
Tapi, mengapa aku masih gagal memupuk kesabaran ku

Ya Allah, aku tahu kesakitan dari Mu adalah kaffarah kepada dosa-dosaku
Tapi, mengapa aku masih mengeluh bila menghadapinya

Ya Allah, aku tahu setiap kebajikan akan menghapus kejahatan
Tapi, mengapa aku masih gagal mengikhlaskan perlakuan ku

Ya Allah, aku tahu sesungguhnya Engkau sentiasa mengawasi aku
Tapi, mengapa aku masih mengingkari Mu

Ya Allah, aku tahu nafsu itu musuh utama ku
Tapi, mengapa aku gagal melawan nafsu ku

Ya Allah, aku tahu rapuhnya iman ku
Tapi, mengapa aku tidak memperbaiki akidah ku

Ya Allah, aku tahu godaan syaitan sentiasa melingkariku
Tapi, mengapa aku sentiasa lalai dalam mengingati Mu

Ya Allah, aku tahu Al-Quran dan Sunnah pedoman hidup ku
Tapi, mengapa aku selalu alpa mengamalkan perintah Mu

Ya Allah, aku tahu jahilnya aku
Tapi, mengapa aku tidak menyibukkan diriku dengan majlis ilmu

Ya Allah, aku tahu Engkau selalu ada untuk ku
Tapi, mengapa aku masih mengharapkan simpati manusia

Ya Allah, dosa ku menggunung tinggi, tapi rahmat Mu melangit luas, Ya Allah, walau taubat sering ku mungkir tapi pengampunan Mu tak bernah bertepi, Ya Allah, selangkah ku rapat padaMu seribu langkah kau rapat pada ku. Sesungguhnya aku bersyukur kerana menjadi umat Rasul Mu...

13/04/2012

Apakah Yang Mencantikkan Wajah

Al-Ahnaf bin Qais tergolong dari golongan ulama-ulama yang terkenal di zaman hidupnya. Pada suatu hari datang seorang pemuda dari suku Tai'yi berkunjung ke rumahnya. Rumah Al-Ahnaf memang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai terutama oleh anak-anak murid dan sahabat-sahabatnya. Mereka sekelian menziarahinya dengan tujuan untuk menuntut ilmu darinya. Kedatangan pemuda dari suku Tai'yi itu menarik perhatiannya. Ahnaf mendapati pemuda itu sangat tampan dan kacak. Lalu dia pun bertanya: "Wahai orang muda, adakah kamu menghiasi wajahmu dengan sesuatu?"
"Benar tuan, sesungguhnya saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu." ujarnya dengan sopan serta ringkas. Pemuda itu menyambung lagi, "Kalau saya bercakap saya tidak bohong. Kalau ada orang sedang bercakap saya dengar. Kalau saya berjanji saya tepati, dan kalau saya diberi amanah, saya tidak khianati." Mendengar jawapan itu maka berkatalah Ahnaf, "Benar seperti kata mu wahai orang muda, sungguh engkau telah hiasi dirimu dengan akhlak yang mulia."

09/04/2012

Pulang......

          Ya ALLAH sesungguhnya kami ini lemah, maka kuatkanlah. Setiap yang hidup pasti akan diuji. Ujian kehilangan orang tersayang buat selama-lamanya adalah ujian yang amat berat. Hanya keimanan yang dapat mengawal diri kita.
           Ada pemergian yang dapat dijangka. Ada pemergian yang tidak diduga, datang secara tiba-tiba. Duhai hati bersabarlah dikau. Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama kita. Wahai anak-anak janganlah bersedih, doakan roh orang tersayang bersama mereka yang beriman. Sabda Rasulullah S.A.W:

" Barang siapa anak Adam mati putuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (HR : Muslim)

        Wahai keluarga, sahabat dan saudara janganlah memperkatakan keburukannya, tetapi tolonglah perbanyakkan Al-Fatihah dan Zikirullah, maafkanlah dia. Sesungguhnya kita juga akan menghadapi situasi yang sama:

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati"



"Aku bersaksi tiada tuhan melainkan ALLAH dan aku bersaksi Nabi Muhammad pesuruh ALLAH."

"Wahai hamba ALLAH, engkau kini telah kembali kehadrat Illahi. Wahai hamba ALLAH setelah kami meninggalkan kamu nanti, akan datang kepada mu dua malaikat. Jangan engkau takut dan gementar, kerana mereka juga makhluk ALLAH seperti kamu. Mereka akan menyoal kamu."

SIAPA TUHAN MU 
APA AGAMA MU 
SIAPA IMAM PEMIMPIN MU 
APA KIBLAT MU
SIAPA SAUDARA MU

"Wahai hamba ALLAH, janganlah takut. Jawablah dengan tenang, lidah yang fasih dan jelas."

ALLAH TUHAN KU
ISLAM AGAMA KU
MUHAMMAD S.A.W IMAM PEMIMPIN KU
KA'ABAH KIBLAT KU
ORANG-ORANG ISLAM SAUDARA KU

"Wahai hamba ALLAH, mari ke mari, ketempat asalmu. Pulanglah dari kembaraan. Apa yang kau bawa? Apa yang kau bawa? Apa yang kau bawa?

"Setiap kaum telah ditentukan tempoh kematiannya. Maka, apabila telah sampai ajal mereka, tidak dapat dilewatkan atau dipercepatkan walau sesaat."


05/04/2012

Istikharah Cinta


Kekadang mahmudah tidak kesampaian
Hanya dengan indahnya permulaan
Tetapi harus di timpa dengan tusukan ujian
Dari kesakitan, kegagalan dan persengketaan
Sepanjang perkahwinan

Seringkali dosa dan mazmumah
Ditandai oleh retaknya ukhwah
Sejauh mana kasih cinta kita berdua
Teguh iman, kukuhlah percintaan

Isteriku
Kekadang Allah menyempitkan
Supaya kita tak hanyut di dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya kita tidak bergantung kepada sesuatu
Selain-Nya

Isteriku
Istikharah cinta kita
Inilah tagihnya
Istikharah cinta kita
Mujahadah itulah maharnya!









Kupu-Kupu Syurga

Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis takutkan Allah SWT. Orang yang menangis takutkan Allah, diharamkan oleh Allah akan api neraka keatas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga.
Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barang siapa yang keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya dia akan mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.
 
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barang siapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anak itu dan barang siapa membekalkan anaknya ilmu kebaikkan maka tiap pahala itu turut diperolehinya.

Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Barang siapa pergi ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.


Berbahagia Hingga Ke Akhir Hayat Atau Akhirat



Adakah Kita masih boleh menjadi suami isteri di akhirat kelak?
Di bawah ini adalah sedikit penerangan yang akan menjelaskan persoalan di atas.
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.               Rasullullah SAW bersabda:"Tiada si bujang di dalam syurga"-(HR Muslim).         Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya disyurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda:
“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.”

04/04/2012

Kasih Ibu dan Kasih Ayah


Kasihnya ibu membawa ke syurga
Kasihnya saudara masa berada

Berkorban raga rela binasa
Berkorban nyawa tanda kasihnya

Kasihnya ayah sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya berkorban nyawa    

Biar pun jiwa akan tersiksa
Ikhlas dan rela asal kau bahagia

Insan Yang Di Cintai Allah

Insan yang di cintai Allah ialah...
Yang hatinya disalut taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu pengetahuan
Yang sentiasa mencari kebaikan dan pahala untuk akhirat
Yang solatnya maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah
Insan yang di cintai Allah ialah…
Yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

 
Insan yang di cintai Allah ialah…

Insan yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangganya
Yang akan mendidik isteri/suami dan anak-anak mendalami islam
Yang mengamalkan hidup penuh sederhana
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat
Insan yang di cintai Allah ialah…
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi insane yang penuh bertaqwa
Yang hidup dibawah naungan Al Quran dan mencontohi sahabiyyat…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja yang sia-sia
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

                               Insan yang dicintai Allah ialah…
Dia tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca sirah serta kalam Allah
Suaranya lesu kerana penat menghafal serta mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan yang menenangkan
Bangunnya subuh penuh kecergasan serta keazaman
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

 
Insan yang di cintai Allah ialah…..

Dia sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat semata
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Insan yang di cintai Allah ialah..
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa keluarga dan sahabatnya bersama
Dialah Insan yang di pimpin oleh Allah agar dia lebih dekat dengan-Nya…..