Kisah Benar; (Diceritakan sendiri oleh ibu). Anak beliau baru berumur 2thn 8bln. Sudah beberapa hari mengadu sakit perut sembelit.. disebabkan tak tahan mendengar anaknya menagis, dia terus membawa anaknya ke hospital pada tengahhari Ahad. Sampai di hospital, doktor memaklumkan bahawa anaknya sembelit biasa saja, dan doktor hanya memberi ubat sembelit..
Balik ke rumah, anaknya masih menangis dan menunjukkan tempat sakit nya... Disebabkan tidak tahan mendengar dan melihat keadaan anaknya, beliau sekali lagi membawa anaknya pada 12 tengah malam hospital.. Jumpa doktor, doktor menasihati ibu agar tidak risau kerana anaknya hanya sembelit biasa.. "kami tak bagi ubat sebab tadi dah bagi ubat, so just follow makan ubat tu saja"..
Si ibu tak puas hati lalu bertanya lagi, "doktor, tak kan makan ubat tu saja, tak ada ubat lain ker? atau doktor tak nak x-ray anak saya ke? takut takut appendiks ker?" Doktor tersebut menjawab " tak perlu x-ray.. tak necessary pun.. dia tak ada appendiks, sebab dia tidak demam pun.. so puan bawak anak balik, and just bagi makan ubat tadi saja. puan boleh bagi ubat demam yang ada kat rumah untuk anak puan kalau dia sakit.. ubat demam boleh jadi ubat tahan sakit juga. kat rumah puan ada ubat demam kan.. so just mkn ubat demam tu lah"
Si ibu tertanya tanya.. "doktor, ubat demam bleh jadi ubat tahan sakit ker?" Doktor " boleh.....puan bawa balik saja anak puan.. kami tak bleh buat apa pun.. just sembelit biasa je" Si ibu ... bengang... dan tertanya2, kenapa tidak admit saja anaknya masuk wad. sepanjang malam anaknya asyik menangis... esoknya, tidak kurang juga walau pun dah makan ubat yang di syorkan, dia nekad bawa anaknya ke 'Hoapital Lain'... di sana sagala galanya terjawab.... Anak beliau di tahan di wad di x-ray, dan didapati usus anaknya bengkak dan tersumbat. dan terpaksa dibedah malam itu juga sebab dah kritikal.. doktor memberitahu bahawa usus kecil anaknya dah termasuk ke dalam usus besar anaknya... menyebabkan najis tidak boleh keluar, dan tersumbat.. ususnya juga bengkak... esoknya dia bertanya kepada doktor bedah.. "doktor kalau saya terlambat bawa anak macam mana? atau saya bawa anak saya ni pada masa yang tepat ke?
"Doktor gelak "kalau terlambat, usus boleh pecah dan boleh mati.. sebenarnya puan lambat.. kalau datang awal, mungkin tidak perlu bedah... sekarang ni ni saja lah solutionnya"
Lepas bedah, si anak kena puasa sekurang kurangnya 3 hingga 4 hari. tak boleh makan.. sebab takut bahaya, kerana ia melibatkan usus... kesian si kecil tu....merayu rayu nak minum susu.. bila penat menangis, dia akan tertidur.. bila bangun menangis lagi.. lapar... sampai kehabisan tenaga untuk menangis.. doktor hanya boleh masukkan drip air dan ubat tapi tidak sama rasanya makanan masuk ikut mulut dengan masuk ikut tangan...
So, Jangan pandang ringan setiap kesakitan anak-anak, walaupun ringan bagi orang dewasa tetapi tidak bagi kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment