Ya ALLAH sesungguhnya kami ini lemah, maka kuatkanlah. Setiap yang hidup pasti akan diuji. Ujian kehilangan orang tersayang buat selama-lamanya adalah ujian yang amat berat. Hanya keimanan yang dapat mengawal diri kita.
Ada pemergian yang dapat dijangka. Ada pemergian yang tidak diduga, datang secara tiba-tiba. Duhai hati bersabarlah dikau. Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama kita. Wahai anak-anak janganlah bersedih, doakan roh orang tersayang bersama mereka yang beriman. Sabda Rasulullah S.A.W:
" Barang siapa anak Adam mati putuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (HR : Muslim)
Wahai keluarga, sahabat dan saudara janganlah memperkatakan keburukannya, tetapi tolonglah perbanyakkan Al-Fatihah dan Zikirullah, maafkanlah dia. Sesungguhnya kita juga akan menghadapi situasi yang sama:
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati"
"Aku bersaksi tiada tuhan melainkan ALLAH dan aku bersaksi Nabi Muhammad pesuruh ALLAH."
"Wahai hamba ALLAH, engkau kini telah kembali kehadrat Illahi. Wahai hamba ALLAH setelah kami meninggalkan kamu nanti, akan datang kepada mu dua malaikat. Jangan engkau takut dan gementar, kerana mereka juga makhluk ALLAH seperti kamu. Mereka akan menyoal kamu."
SIAPA TUHAN MU
APA AGAMA MU
SIAPA IMAM PEMIMPIN MU
APA KIBLAT MU
SIAPA SAUDARA MU
"Wahai hamba ALLAH, janganlah takut. Jawablah dengan tenang, lidah yang fasih dan jelas."
ALLAH TUHAN KU
ISLAM AGAMA KU
MUHAMMAD S.A.W IMAM PEMIMPIN KU
KA'ABAH KIBLAT KU
ORANG-ORANG ISLAM SAUDARA KU
"Wahai hamba ALLAH, mari ke mari, ketempat asalmu. Pulanglah dari kembaraan. Apa yang kau bawa? Apa yang kau bawa? Apa yang kau bawa?
"Setiap kaum telah ditentukan tempoh kematiannya. Maka, apabila telah sampai ajal mereka, tidak dapat dilewatkan atau dipercepatkan walau sesaat."
No comments:
Post a Comment