Dengan nama Mu Ya Allah, tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang... Hanya kebaikan yang kami dambakan di setiap celahan ketetapan yang telah Engkau rencanakan... Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami.... serta bagi insan-insan disekeliling kami... Semoga kebaikan dan keberkatan dari rencanaMu menyebar dan dirasai setiap jiwa-jiwa yang beriman... Permudahkanlah jalan kami dalam melusuri setiap rencana yang kau tetapkan Ya Allah......

Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia

28/02/2012

CTCT


pelbagai ujian ketika kau dilahirkan
kesesakan kelaparan si ibu ketepikan
demi anugerah yang diamanahkan
setiap rintangan jadi kekuatan

kepetahan dan keceriaan anugerah tuhan
walaupun pelat dikau menceriakan
ibu dan bapa merasa keriangan
kelincahan mu satu kelebihan



sifat lasak itu satu pemberian
hingga menara gading dikau teruskan
kerjaya atau rumahtangga menjadi pilihan
ujian dariNya dikau redhakan

dugaan terbesar ditempuh dengan iman
Insya Allah kita tidak keseorangan
doa dan pertolongan perlu diharapkan
dari keluarga rakan dan taulan

menagih doa bukannya mengemis
kerana janjiNya tidak pernah terhakis
kepada hambaNya yang menangis
mohon kekuatan ketika tragis

ujian yang datang mentarbiahkan diri
dalam mencari keredhaan Illahi
kerana kita tidak mahu rugi
rugi akhirat rugi yang hakiki

tawaduk itu sifat mulia
telah di ajar oleh rasul Nya
bukan bermaksud kita hina
malah mulia di sisi Yang Esa

hasrat suami ayah dan bonda
jika ikhlas mudah terlaksana
rezeki diberi dari Pencipta
panjatkan kesyukuran sentiasa



27/02/2012

Untuk Mu Kak Chik

12 tengah hari lahirlah dia
kakitangan hospital semua teruja
lahirnya bayi bersama suara
itulah tangisan pertama

dari kecil hingga dewasa
dikau dibelai dan di manja
kelahiran mu bukan sia-sia
dikau membesar penuh ceria

alam kanak-kanak penuh bahagia   
gelagat dan karenah pada ibu bapa
suka duka diadun sebaiknya
oleh Dia Sang Pencipta

meningkat remaja hidupmu ceria
tinggal di asrama ujian dariNya
Alhamdulillah …
kau berjaya juga

perjalanan hidupmu baru bermula
menara gading tapak pertama
membuka minda melihat dunia
bersama ilmu dari Yang Esa

kekadang kau tegar kekadang kau dengar
keluarga digendong kerjaya dikejar
pengorbanan mu adalah Qadar
berserah padaNya dikau pasti karar

pelbagai ujian menyulami hidupmu
kekadang kau kukuh kekadang kau rapuh
teruskan berdoa pada Yang Satu
kekuatan dipinta ketika menempuh

pintalah padaNya iman dan taqwa
kerana dunia hanyalah sementara
impian kita sebagai ketua
bidadari syurga selama lama

ujian yang datang bukan sesia
ada yang tersirat disebaliknya
cari dan gali lah sentiasa
ada ganjaran dari Yang Esa

nukilan ini untuk anda
tidak lupa kita semua
kembalilah ke jalan Nya
Insya Allah dunia akhirat berjaya

Sifat Muslim

Daripada Abdillah bin Amru bin As r.a, daripada
nabi s.a.w. sabdanya; “ Orang muslim ialah orang yang
terselamat daripada kejahatan lidahnya dan kejahatan
tangannya terhadap sekelian umat Islam, manakala
orang yang berhijrah itu ialah orang yangmeninggalkan  
perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.
( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
PENGAJARAN HADIS:
  • Janganlah suka mencari aib orang lain dan menghibahkannya.
  • Jauhkanlah diri daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih besar dosanya daripada berzina. Berzina merupakan salah satu daripada 7 dosa besar.
  • Peliharalah lidah daripada terjadinya sesuatu kemungkaran. Hendaklah bersyukur atas nikmat lidah yang diberikan dan hendaklah digunakan untuk memperkatakan sesuatu yang baik.
  • Sesungguhnya lidah anggota yang banyak sekali digunakan, tetapi jika tidak dipelihara akan lahirlah sebesar-besar kejahatan daripadanya. Oleh itu biasakanlah diri memelihara lidah dengan banyak berzikir dan mengingati Allah.
  • Janganlah suka membawa mulut dengan tujuan untuk membinasakan orang lain kerana akibatnya amat buruk.
  • Seorang muslim yang sebenar tidak akan menyakiti orang lain zahir dan batin.
  • Muslim yang sebenar sentiasa menjaga batas-batas agama dengan menjauhi larangan Allah dan menunaikan perintahnya.
  • Berhijrah dengan melakukan perkara-perkara yang baik dan meninggalkan segala larangan Allah merupakan hijrah yang dituntut sepanjang masa.

26/02/2012

Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh mencairkan dan melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. 
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Tiada Kekuatan Melainkan dari Allah

'"Lahaula Wala Quwata Illa Billah Hil Aliyil 'Azim."

"Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia."

Berzikirlah selalu kerana ia adalah salah satu cara untuk kita menghubungkan diri kita dengan Allah, disamping itu, cara ini jugalah yang akan menjadikan hati manusia lembut. Sedangkan Saidina Umar r.a. memeluk islam dengan mendengar adiknya sendiri berzikir, padahal sebelum ini, beliaulah seorang yang paling kuat menentang ajaran agama islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Walaupun hanya sebaris ayat, tetapi jika dihayati sedalam-dalamnya, ia akan memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupan. Sesungguhnya manusia semuanya lemah. Tidak berkuasa. Dan yang berkuasa pun, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kekuasaan Allah s.w.t.

Malahan kuasa tersebut dikurniakan oleh Allah s.w.t, bukan untuk kita kufur kepada-Nya, tetapi untuk kita lebih mendekatkan diri kepada-Nya. Selemah-lemah manusia, tidak berdaya untuk berbuat apa-apa, kecuali dengan izin Allah semata-mata. Jika Allah tidak mahu ia berlaku, ia mustahil akan berlaku. Tetapi apabila Allah s.w.t menyebut 'Kun', maka 'Yakun' lah apa yang dikehendaki-Nya.

Oleh itu, apa-apa pun perbuatan yang kita lakukan ataupun hendak kita lakukan, mestilah bersandarkan konsep zikir ini. Malahan, ayat ini juga boleh menjadikan motivasi untuk kita mencapai kejayaan. Tetapi mestilah disertakan dengan usaha yang bersungguh. InsyaAllah, walaupun kita rasa mustahil akan berlaku, ia akan berlaku.

Jadikanlah zikir ini sebagai nyanyian mulut kita setiap hari, terutamanya dikala waktu kesusahan menimpa diri. Kerana apabila manusia terus-menerus mengingati Allah s.w.t. sewaktu dalam kesusahan, maka mereka tidak akan sekali-kali berputus asa kerana yakin atas apa yang Allah takdirkan.

Sama-samalah kita menggunakan zikir-zikir dan ayat-ayat al-Quran sebagai motivasi kita dalam kehidupan.

Sumayyah

Sumayyah binti Khayyat merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah iaitu seorang pembesar Quraisy dan telah menetap bersama Abu Huzaifah sedari kecil lagi memandangkan beliau seorang anak yatim piatu. Perwatakan beliau yang baik dan taat kepada perintah tuannya menjadikan beliau cukup disegani walaupun taraf beliau hanya sebagai seorang hamba yang berkulit hitam. Beliau juga ditakdirkan berkahwin dengan Yasir yang juga bekerja dengan Abu Huzaifah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ammar ibn Yasir.
     Sumayyah sekeluarga merupakan antara individu yang terawal memeluk agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah. Kisah beliau yang masih dikenang adalah saat beliau sekeluarga ditangkap oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga serta taat setia mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan seksaan-seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya
     Nabi Muhammad s.a.w yang melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat apa-apa. Baginda hanya mampu bersabda, “Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.” Dalil ini menunjukkan jaminan Rasulullah s.a.w kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni Syurga Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, mereka sekeluarga gugur mati syahid dan Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur mati syahid.
     Antara sumbangan Sumayyah dalam mempertahankan kesucian Aqidah Islam adalah berani menyatakan yang hak, sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian Aqidah, memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam dan memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.
     Seksaan terhadap keluarga Sumayyah adalah kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik, rumah mereka dibakar, dicucuk dengan besi panas, ditikam dengan lembing, dicungkil biji mata dan dibenam ke dalam air.
 Dalam diri selembut sutera 
Kau miliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama 
Dirimu bak lentera

Dibelenggu jahiliah 
Kau tempuh dgn berani
Walaupun jasadmu milik tuan 
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi 
Ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak 
Dibaring menghadap mentari

Disuruh memilih iman 
Atau kekufuran
Samar jahiliah atau 
Sinar akidah…..

Sabarlah keluarga yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tegar memilih syurga
Walau terpaksa mengoban nyawa

Lalu tombak ! yang tajam menikam
Jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak 
Berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumayyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Menggoncang dunia mencipta sejarah….

Sumayyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah…

23/02/2012

Keadaan Manusia Di Padang Mahsyar

1. Ada yang berupa kera karena di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.
2. Ada yang berupa khinzir karena suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.
3. Ada yang buta mata karena keterlaluan pada menghukum manusia.
4. Ada yang pekak dan bisu karena mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.
5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.
6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan karena suka menjadi saksi bohong.
7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama).
8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.
9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk,orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.
10. Ada yang berupa khinzir karena suka makan harta riba.
11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.
12. Ada yang berupa khinzir karena mereka mempermudah-mudahkan sembahyang (lalai dalam sembahyang)
13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.
14. Ada yang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka. Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.
15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat karena takutkan manusia,tidak takut pada Allah.
16. Ada yang terpotong halkum,keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.
17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengalir darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.
18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit. Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka.Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.
19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka. Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.
20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.
21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.


Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia

Syarat Bersahabat

Kalau mereka susah, memerlukan bantuan, kenalah kita bantu sama ada dengan   wang ringgit, tenaga mahupun nasihat dan pandangan kita.
Kalau mereka meminta sesuatu, kenalah kita beri. Jika kita tidak mampu, minta maaflah kepadanya.
Kenalah ziarah selalu dan lihat-lihatlah apakah yang perlu kita bantu.
Sewaktu ke rumahnya, bawalah buah tangan.
Berilah hadiah terutama di waktu-waktu yang sesuai seperti mereka mendapat anak, waktu perkahwinan dan sebagainya.
Di waktu sakitnya kenalah ziarah dan doakan kesembuhannya.
Di waktu mereka mendapat sesuatu yang menggembirakan, hendaklah kita juga lahirkan kegembiraan.
Di waktu mereka mendapat sesuatu kesusahan dan kesedihan, hendaklah kita juga melahirkan rasa kesedihan dan kesusahan sama.
Kebaikannya selalulah kita puji di belakangnya.
Kecacatan dan kekurangan atau keaibannya dan keluarganya, hendaklah kita tutup. Ertinya kita jangan mengumpatnya.
Kalau ada orang lain mengumpatnya di hadapan kita, kenalah nasihat orang itu atau kita tinggalkan majlis itu.
Kalau dia mengajak kita menemaninya ke mana-mana, kenalah kita menerimanya kecuali kalau ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan.
Kalau dia menjemput ke majlis, wajib kita menerima jemputannya.
Kenalah ziarah serta mengambil perhatian keluarganya selepas matinya.
Kenalah ziarah sahabat baiknya. Kalau boleh mengambil perhatian kehidupan keluarga mereka selepas matinya.
Selalu mendoakannya di luar pengetahuannya atau bukan di majlisnya.
Berilah kemaafan di atas kesalahan terhadap kita.
Mintalah maaf kepadanya di atas kesalahan dan kekurangan dan kelemahan diri dalam menunaikan tanggungjawab terhadapnya.

Kuali Tetap Kuali

Kuali itu diletakkan di mana pun dan di dalam keadaan apa pun,
Ia tetap kuali,
Kuali itu tetap hitam legam,
Beralih tempat dan suasana ia tidak akan mengubah hakikatnya,
Kuali tetap kuali Ia tidak akan jadi intan berlian,
Letak di dapur pun kuali,
Letak di serambi pun kuali,
Sekalipun diletakkan di pelamin,
Tempat yang indah dan mulia,
Ia tetap juga kuali,


Begitulah manusia, HAMBA Allah,
Di mana pun ia berada,
Di dalam suasana apa pun ia berada,
Ia tetap HAMBA,
Ia tidak akan tukar jadi makhluk lain,
HAMBA tetap hina,
HAMBA tetap lemah,
Mereka memerlukan pertolongan dan bantuan,
Kalau dia petani tetap juga HAMBA,
Jika dia guru tetap juga dia seorang HAMBA,
Walaupun dia seorang kaya ia tetap juga HAMBA yang hina,
Sekali pun dia raja, menteri dan orang besar,
Nama HAMBA tidak akan berubah,


Jika dia menteri ia adalah salah seorang orang besar HAMBA,
Orang kaya pun HAMBA yang kaya di kalangan HAMBA,
Tapi manusia HAMBA Allah itu sungguh pelik,
Bila jadi raja atau menteri, orang besar atau kaya,
mereka sudah berpelajaran berubah sikap dan bertukar watak hidupnya,
Dia rasa luar biasa, ego, sombong pun tiba,
Orang lain dipandang hina,
Inilah dia HAMBA yang tidak sedar diri,
Awak hina merasa mulia.

Solat Menggugurkan Dosa-dosa

Hazrat Abu Zar R.A berkata, "Suatu ketika Rasululullah S.A.W keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda S.A.W memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut".

Baginda S.A.W bersabda, "Wahai Abu Zar."

Saya menyahut, "Saya ya Rasululullah."

Kemudian Baginda S.A.W bersabda, "Apabila seseorang Islam menunaikan solah untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok,"                              
(Hadith riwayat Imam Ahmad)

21/02/2012

Makna Bacaan Duduk Diantara Dua Sujud


Rabbighfirli - Tuhanku ampunilah daku
Warhamni - dan sayangilah daku
Wajburni - dan cukupilah kekuranganku
Warfa'ni - dan tinggikan darjatku
Warzuqni - dan berikanlah daku rezeki
Wahdini - dan tunjukkilah daku
Wa'afini - dan sehatkanlah daku
Wa'fu'anni - dan maafkanlah daku



WANITA


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan".

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak- anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

20/02/2012

Resah seorang ayah

      Ingin kubisikkan resah seorang ayah. Resah kita bersama.  Harapan suci seorang ayah memang selalu  teruji. Adakalanya kita tegak berdiri dengan ampuh. Tetapi ada masanya  kita terjatuh. Kita dilanggar dan dirempuh.

     Taufan kehidupan ini tidak sudi simpati. Dengan sepercik iman, sekelumit keyakinan, kita harungi jua badai penderitaan. Sesungguhnya titipan Tuhan ini bukan khayalan. Kehadiran putera dan puteri kita adalah  kenyataan. Walaupun perjalanan peristiwa  kekadang sepantas  igauan.

     Ah, rasanya baru semalam, kita dipanggil anak. Tapi hari ini, sudah bergelar ayah. Dulu, kita dibelai dan dimanja. Namun kini  kita adalah “situa” yang telah dipagut usia. Ah, sedar-sedar sudah putih rambut di kepala. Sudah berkedut garis  di muka. Usia  sudah diambang senja… mentari hidup kian redup. Sudah hampir ke episod penutup.

     Walaupun sekali-sekali terasa gian berkejar-kejaran di tepian denai. Atau berenang-renang di sungai. Tapi siapakah mampu memutar jarum waktu. Yang berlalu, terus berlalu… terlalu laju. Yang tinggal hanya gurisan kenangan, yang kekal sebagai ingatan. Ah, musim bermain  hujan telah berlalu. Kini musim… bermandi   ujian.

     Masih kita ingat detik kelahiran mereka. Seorang demi seorang. Bersama isteri di sisi, kita nikmati tangisan pertamanya. Lalu kita azan di telinga kanan, iqamat di telinga kiri. Kita ukirkan kalimah tauhid di kanvas hatinya yang suci. Itulah bekal utama,  jati dirinya yang pertama. Dan maktub sudah  janji insan di sisi Tuhan. Anak, kau hamba Allah dan khalifah Nya. Dan aku adalah ayahmu,  pemegang amanah safarmu yang fana.

     Lalu bermulalah kembara anak di alam dunia. Kembara ini terasa panjang bagi mereka yang alpa, lalu masa terbuang sia-sia. Kembara ini terasa begitu pendek bagi mereka yang cerdik, masa akan  terisi dengan  baik.

     Kenalkan dahulu anak kepada Tuhan. Katakan Tuhan itu Ada, Esa, Agung dan Perkasa. Lihat awan dan bulan… itu semua Tuhan jadikan. Nun, di sana burung dan ikan… Tuhan yang memberinya makan. Kalau di satu ketika anak bertanya, “ayah kenapa jerebu begini?” Katakan, “Tuhan ingatkan kita supaya  menghargai nikmat mentari.”

     Walaupun masih di tahap fikrah terendah, anak mesti diajar mentauhidkan Allah. Kuasa hafalannya, terokailah. Kecepatan menirunya, eksploitasilah. Semuanya menuju satu. Segala terjurus lurus.  Awaluddin Makrifatullah – awal agama mengenal Allah.

     Lepaskanlah anak ke persada buana. Jangan dikurung, nanti mereka pemurung. Biar mereka hirup udara kebebasan dan kemerdekaan.  Namun awasi langkah dan teliti tingkahnya. Bekalkan ilmu buat mereka menyuluh. Agar mereka tahu menilai pahala. Arif mengenal dosa. Selalulah berdamping dengannya. Dengarkan luahan katanya yang tersurat. Fahamilah isyarat dalamannya yang tersirat.

     Kekadang mereka malu hendak menjelaskan, kitalah yang patut dahulu mentafsirkan. Adakalanya mereka bertanya dalam bercerita. Pandai-pandailah kita menjawabnya dalam selamba. Istiqamahkan didikan, berilah pimpinan. Sesungguhnya tugas ini sulit sekali, justeru kitapun selalu tersasar. Sering juga kita melakukan yang mungkar. Namun itu bukan alasan untuk menyerah kalah. Jadilah seorang ayah… yang selalu bermujahadah.

     Ah, esok anak-anak kita pula akan menjadi ayah. Bagaimana ya? Aduuh… resah lagi.  Pesan kepada anak kita… sayangilah keluarga kerana di sana ada sumur cinta yang setia sampai bila-bila!

Doa Untuk Mak dan Abah


    Ya Allah,
    Rendahkanlah suaraku bagi mereka
    Perindahlah ucapanku di depan mereka
    Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
    Lembutkan hatiku untuk mereka…….

    Ya Allah,
    Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
    atas didikan mereka padaku dan

    Pahala yang sebesar-besarnya
    atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
    peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

    Ya Allah,
    Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
    atau kesusahan yang mereka deritakan karena aku,
    atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku,
    maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
    dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
    hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.


    Ya Allah,
    Tempatkanlah mereka
    bersama orang-orang yang beriman di sisi-Mu
    di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
    ampunan-Mu serta rahmat-Mu……….

    Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
    serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
    yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.


    Amin Ya Rabb...

Kebenaran .............


        Kerap kali kalau kita jujur kita dituduh bodoh. Bila kita mengalah, kita dianggap lemah. Pada hal, kita inginkan keamanan dan kedamaian tanpa kehilangan hak dan harga diri. Namun begitu sukar untuk mendapatnya!
        Paling teruji apabila ada orang lain yang mengikut lorong salah… lalu dia cepat sampai, sedangkan kita di lorong yang betul masih lelah  menapak dan merangkak. Bila yang batil ketawa, yang benar pastinya teruji melihat kegembiraan itu. Dan hampir-hampir ia melepaskan kebenaran itu semula hanya kerana tidak tega melihat kebatilan melonjak ria.
        Acapkali duri berselindung di sebalik bunga… lalu kita yang tercium keharumannya alpa akan tusukan bisa di sebaliknya. Huluran tangan yang ikhlas dan lembut kekadang dikilas dalam diam dan dendam. Sering juga baldu yang lembut dan halus  dihamparkan tetapi di bawahnya ada belati tajam yang sedia terhunus.
        Namun inilah hakikat, tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini. Justeru, di sana ada akhirat supaya segala topeng kepura-puraan yang selama ini bertahta akan terhenyak dan mendapat pembalasan.
        Namun, jika itu yang kita ingatkan kepada yang lain, pasti ada yang mengatakan bahawa itu hanya *‘escapisme’. Bila kecewa dengan manusia, orang ‘lari’ kepada Tuhan, bila tidak dapat meraih dunia orang mula merindui akhirat, bila terlepas kenikmatan nafsu baru ada yang merintih syurga itu ada!
        Bukan, tidak begitu. Keyakinan kepada Allah dan Hari akhirat itu adalah tunjang, teras dan pegangan semasa kita hidup di dunia. Jangan terperangkap oleh *‘prejudis’ dalam diri yang mendakwa bahawa manusia itulah yang ‘mencipta’ Tuhan demi ketenangan.
        Selalu kita diperingatkan bahawa selesaikanlah urusan kita dengan Allah, barulah Allah akan membantu kita menyelesaikan urusan kita dengan manusia. Dan siapa yang memburu akhirat, dunia akan melutut di kakinya!
        Kita tidak selalu benar dalam pendirian dan tindakan… kita hanya manusia. Walaupun sungguh hati kita ingin mengikut jalan Allah, tetapi kerana kealpaan dan kejahilan kita tersasar jua. Kita ingin tenang, tetapi oleh kerana ketipisan iman dan zikir, pendirian kita goyah jua. Ada rasa marah, ada rasa resah… tetapi semua itu adalah ‘bayaran tol’ di lebuh raya mujahadah.
        Ya Allah, ampunkanlah kami. Berilah kami kekuatan untuk memaafkan diri kami sendiri dan juga orang lain. Kami masih tidak pandai mensyukuri nikmatMu kerana kami masih mendidik hati dalam menerima ujian-Mu.
        Ya Allah, cuma satu… cuma satu… janganlah Engkau serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walau sekelip mata. Kutiplah kami ya Allah untuk selalu dibimbing oleh hidayah dan taufik Mu!
        Ya Allah, kami sentiasa yakin bahawa kejujuran itu kemenangan dan pilihlah kami untuk menjadi orang yang jujur dan benar… walau apa jua keadaan dan cabarannya! Amin.

*escapisme/tindakan atau kecenderungan melarikan diri drpd kenyataan dgn menumpukan fikiran kpd sesuatu perkara lain (biasanya yg kurang baik) drpd masalah yg dihadapi sbg langkah untuk mencari ketenangan. - Kamus Dewan Edisi Keempat.
*prejudis/perasaan atau pendapat yg tidak berasas terhadap sesuatu (kaum, agama dsb). - Kamud Pelajar Edisi Kedua

19/02/2012

Because You Loved Me


For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I'll be forever thankful baby
You're the one who held me up
Never let me fall
You're the one who saw me through through it all

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me

You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
I'm grateful for each day you gave me
Maybe I don't know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you


You were always there for me
The tender wind that carried me
A light in the dark shining your love into my life

I'm everything I am
Because you loved me …

 Alhamdulillah, terima kasih Allah ...   Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Suamiku andainya..................


aku gagal mendidik anak-anakmu adakah aku dipersalahkan.

aku kesepian adakah dikau sudi menceriakan.

aku terdedah pada bahaya adakah dikau sanggup melindungiku.

aku tidak lagi mampu menguruskan rumahtangga, adakah aku masih diperlukan.

aku sakit adakah dikau sudi menjaga dan menguruskan keperluanku.

aku tidak memiliki paras rupa mudaku, adakah dikau sudi beriringan denganku.

aku dianiaya, adakah dikau sanggup membelaku.

aku rebah adakah dikau sudi menjadi penyokongku.

aku tidak mampu melayanimu adakah aku dipinggirkan.

aku terlebih kata adakah aku membosankan mu.

aku sudah terlupa adakah dikau sudi mengingatkan ku.

aku terleka adakah dikau sudi menyedarkan ku.

aku mengada-ngada adakah dikau sudi melayanku.

aku terluka adakah dikau sudi merawatku.

aku tiada, masih adakah sisa kasih sayang kepadaku melalui Al Fatihah dari mu.

Aku tidaklah semulia Khadijah, tidak pula setaqwa Aisyah, pun tidak setabah Fatimah kerana isterimu hanyalah wanita akhir zaman, yang ingin menjadi wanita solehah.

Seekor Ulat Dan Sehelai Daun Hijau

Kelihatan seekor ulat bergoyang-goyang ditiup angin di celah dedaunan hijau.
"Apa khabar daun hijau!" sapa ulat kecil tersebut.
     Tersentak daun hijau lantas menoleh ke arah suara yang datang.
"Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" soal si daun hijau.
     "Aku hampir tidak dapat daun untuk dijadikan makananku, bolehkah engkau membantuku wahai sahabat!" tanya si ulat kecil.
     "Boleh! boleh! datanglah kemari!" kata daun hijau. Daun hijau terfikir, jika dia memberikan sedikit daun ini untuk si ulat, dia tetap hijau.
Hanya kelihatan berlubang-lubang.... tapi tak mengapalah!.
     Perlahan-lahan si ulat kecil menggerakkan tubuhnya menuju ke daun hijau. Setelah makan dengan kenyang, ulat kecil berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan sebahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat.
    
 Ketika si ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa kepuasan mendalam dalam diri daun hijau.
     Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana sini namun dia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi si ulat kecil yang lapar.
     Tidak lama kemudian ketika musim panas datang, daun hijau menjadi kering dan berubah warna.
Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.
     Demikianlah kehidupan kita... hidup hanya sementara, kemudian kita akan mati. Jadikanlah sifat berkorban sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membahagiakan semasa kita hidup di dunia.
     Yang manakah yang sering kita lakukan, menjadi ulat yang menerima kebaikan atau menjadi daun hijau yang sanggup berkorban apa saja???