Dengan nama Mu Ya Allah, tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang... Hanya kebaikan yang kami dambakan di setiap celahan ketetapan yang telah Engkau rencanakan... Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami.... serta bagi insan-insan disekeliling kami... Semoga kebaikan dan keberkatan dari rencanaMu menyebar dan dirasai setiap jiwa-jiwa yang beriman... Permudahkanlah jalan kami dalam melusuri setiap rencana yang kau tetapkan Ya Allah......

Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia

17/02/2012

Kerana Sebiji Epal

Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, ada seorang pemuda bernama Abu Salleh. Beliau berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Disebabkan terlalu lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.

Tiba-tiba dia merasa kesal kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Beliau pun berjalan menyusur sungai tersebut untuk mencari tuan pokok epal itu.  Beliau ternampak sebatang pohon epal yang lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Abu Salleh yakin bahawa pokok epal inilah  yang dicari, beliau segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.

Beliau memohon maaf dan merasa kesal kerana memakan epal tersebut. Melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yang dihanyutkan oleh arus sungai, pemilik pokok tersebut yakin bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yang wara’.

Pemilik pokok itu merupakan seorang wali yang amat disegani di kawasan itu. Beliau berasal daripada keturunan Imam Husin r.a, dikenali sebagai Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pada keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat untuk mengujinya dengan mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dengan syarat tersebut.

Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah untuk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kepada Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yang digambarkan sebagai lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yang bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju untuk menikahi puteri Syeikh Abdullah.

Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kepad isterinya. Melihat seorang wanita yang cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yang menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata:

“Wahai Abu Salleh, memang itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yang sia-sia.”

Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yang tak terhingga, hikmah daripada sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yang soleh ini lahirlah seorang wali Allah yang amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yang bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.

No comments:

Post a Comment