Daripada Abdillah bin Amru bin As r.a, daripada
nabi s.a.w. sabdanya; “ Orang muslim ialah orang yang
terselamat daripada kejahatan lidahnya dan kejahatan
tangannya terhadap sekelian umat Islam, manakala
orang yang berhijrah itu ialah orang yangmeninggalkan
perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.
( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
PENGAJARAN HADIS:
- Janganlah suka mencari aib orang lain dan menghibahkannya.
- Jauhkanlah diri daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih besar dosanya daripada berzina. Berzina merupakan salah satu daripada 7 dosa besar.
- Peliharalah lidah daripada terjadinya sesuatu kemungkaran. Hendaklah bersyukur atas nikmat lidah yang diberikan dan hendaklah digunakan untuk memperkatakan sesuatu yang baik.
- Sesungguhnya lidah anggota yang banyak sekali digunakan, tetapi jika tidak dipelihara akan lahirlah sebesar-besar kejahatan daripadanya. Oleh itu biasakanlah diri memelihara lidah dengan banyak berzikir dan mengingati Allah.
- Janganlah suka membawa mulut dengan tujuan untuk membinasakan orang lain kerana akibatnya amat buruk.
- Seorang muslim yang sebenar tidak akan menyakiti orang lain zahir dan batin.
- Muslim yang sebenar sentiasa menjaga batas-batas agama dengan menjauhi larangan Allah dan menunaikan perintahnya.
- Berhijrah dengan melakukan perkara-perkara yang baik dan meninggalkan segala larangan Allah merupakan hijrah yang dituntut sepanjang masa.
No comments:
Post a Comment