Sumayyah binti Khayyat merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah iaitu seorang pembesar Quraisy dan telah menetap bersama Abu Huzaifah sedari kecil lagi memandangkan beliau seorang anak yatim piatu. Perwatakan beliau yang baik dan taat kepada perintah tuannya menjadikan beliau cukup disegani walaupun taraf beliau hanya sebagai seorang hamba yang berkulit hitam. Beliau juga ditakdirkan berkahwin dengan Yasir yang juga bekerja dengan Abu Huzaifah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ammar ibn Yasir.
Sumayyah sekeluarga merupakan antara individu yang terawal memeluk agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah. Kisah beliau yang masih dikenang adalah saat beliau sekeluarga ditangkap oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga serta taat setia mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan seksaan-seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya
Nabi Muhammad s.a.w yang melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat apa-apa. Baginda hanya mampu bersabda, “Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.” Dalil ini menunjukkan jaminan Rasulullah s.a.w kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni Syurga Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, mereka sekeluarga gugur mati syahid dan Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur mati syahid.
Antara sumbangan Sumayyah dalam mempertahankan kesucian Aqidah Islam adalah berani menyatakan yang hak, sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian Aqidah, memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam dan memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.
Seksaan terhadap keluarga Sumayyah adalah kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik, rumah mereka dibakar, dicucuk dengan besi panas, ditikam dengan lembing, dicungkil biji mata dan dibenam ke dalam air.
Dalam diri selembut sutera
Kau miliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama
Dirimu bak lentera
Dibelenggu jahiliah
Kau tempuh dgn berani
Walaupun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan
Padang pasir menjadi saksi
Ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak
Dibaring menghadap mentari
Disuruh memilih iman
Atau kekufuran
Samar jahiliah atau
Sinar akidah…..
Sabarlah keluarga yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tegar memilih syurga
Walau terpaksa mengoban nyawa
Lalu tombak ! yang tajam menikam
Jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak
Berubah
Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumayyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Menggoncang dunia mencipta sejarah….
Sumayyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah…
No comments:
Post a Comment