pelbagai ujian ketika kau dilahirkan
kesesakan kelaparan si ibu ketepikan
sifat lasak itu satu pemberian
demi anugerah yang diamanahkan
kepetahan dan keceriaan anugerah tuhan
walaupun pelat dikau menceriakan
ibu dan bapa merasa keriangan
kelincahan mu satu kelebihan
sifat lasak itu satu pemberian
hingga menara gading dikau teruskan
kerjaya atau rumahtangga menjadi pilihan
ujian dariNya dikau redhakan
dugaan terbesar ditempuh dengan iman
Insya Allah kita tidak keseorangan
doa dan pertolongan perlu diharapkan
dari keluarga rakan dan taulan
menagih doa bukannya mengemis
kerana janjiNya tidak pernah terhakis
kepada hambaNya yang menangis
mohon kekuatan ketika tragis
ujian yang datang mentarbiahkan diri
dalam mencari keredhaan Illahi
kerana kita tidak mahu rugi
rugi akhirat rugi yang hakiki
telah di ajar oleh rasul Nya
bukan bermaksud kita hina
malah mulia di sisi Yang Esa
hasrat suami ayah dan bonda
jika ikhlas mudah terlaksana
rezeki diberi dari Pencipta
panjatkan kesyukuran sentiasa
No comments:
Post a Comment