Dengan nama Mu Ya Allah, tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang... Hanya kebaikan yang kami dambakan di setiap celahan ketetapan yang telah Engkau rencanakan... Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami.... serta bagi insan-insan disekeliling kami... Semoga kebaikan dan keberkatan dari rencanaMu menyebar dan dirasai setiap jiwa-jiwa yang beriman... Permudahkanlah jalan kami dalam melusuri setiap rencana yang kau tetapkan Ya Allah......

Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia

11/12/2012

Cinta Yang Ikhlas

Ada seorang jejaka terjumpa sebuah buku ditaman. Di dalam buku itu tertulis nama dan alamat pemiliknya, dan juga tertera “ Aisyah yang sedang mencari sahabat hati”.
Tergerak hati jejaka itu mengutus surat dan mengembalikan buku itu kepada si gadis misteri itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat blasan daripada gadis tersebut bahawa dia bersetuju berkawan dengan si jejaka, dan berterima ksih kerana menghantar buku yanghilang itu.
Hari berganti minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada persaan saying. Namun begitu mereka masih belum pernah bertemu.
Si jejaka amat ingin bertemu gadis misteri dan begitu juga dengan gadis tersebut. Pada suatu hari, si jejaka dipanggil berkhidmat misi ketenteraan di luar Negara. Si jejaka susah hati kerana bimbang kerana dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan gadis kesayangannya. Maka diutus sepucuk surat berbunyi, “ Kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita akan berjumpa suatu hari nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum bunga mawar berwarna merah. Aku akan mengenalimu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku.”
Selang beberapa tahun, pada hari kepulangan si jejaka yang diangkat sebagai perwira negara, si gadis yang setia itu menunggu kepulangan buah hatinya, sambil memegang sekuntum bunga mawar merah.
Diperhatikan setiap jejaka yang membawa sekuntum bunga mawar merah, seperti dalam perjanjian mereka dahulu. Begitu juga si jejaka berdebar-debar bertemu orang yang disayangi. Tiba-tiba si jejaka ternampak si gadis yang gemuk, hitam, berjerawat, duduk di atas kerusi roda sambil melihat sekeliling seperti mencari seseorang.
Kakinya kudung, tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini, amat berbeza seperti yang dibayangkannya. Namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut dan menyapa, Aisyah?
Gadis itu melihat kearah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar  kepada si gadis dan berkata: “ Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama ibubapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu.”
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata: “ Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu dengan orang tuamu.”
 Berapa ramaikah lelaki yang sesuci hati seperti jejaka ini.? Dia mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Aisyah. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati jejaka itu?

No comments:

Post a Comment