Dengan nama Mu Ya Allah, tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang... Hanya kebaikan yang kami dambakan di setiap celahan ketetapan yang telah Engkau rencanakan... Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami.... serta bagi insan-insan disekeliling kami... Semoga kebaikan dan keberkatan dari rencanaMu menyebar dan dirasai setiap jiwa-jiwa yang beriman... Permudahkanlah jalan kami dalam melusuri setiap rencana yang kau tetapkan Ya Allah......

Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia

03/12/2012

Untuk seorang isteri & bakal isteri

1.       Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari puasa setahum.
2.       Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suami lebih baik dari isteri mengerjakan haji dan umrah.
3.     Mandi junub siisteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.
4.       Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
5.    Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir).
6.     Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
7.      Apabila meninggal dunia seorang wanita dan suaminya redha, nescaya dia akan dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8.       “ seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan keatasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat pada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
9.       Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum didalam suatu perkataan iaitu “TAAT”.

No comments:

Post a Comment