1. Hadiah mendengar : Berikan hadiah ini kepada isteri anda dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan beangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas. Pandang mata isteri semasa dia sedang bersemangat dengan apa yang hendak dikatakan.
2. Hadiahkan tanda kasih : Jangan kedekut untuk member pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Selalu membelai dahi isteri berulang-ulang kali, mencium dahi dan kawasan muka isteri. Biarkan tanda-tandan kecil ini menunjukkan rasa kasih dan sayang yang ada didalam diri anda.
3. Hadiahkan sehelai nota : Ia mungkin ringkas seperti “ Saya Sayang Awak!”, “Senyuman Awak Membuat Hati Saya Senang”, “Saya Ingin Bersama Awak Selalu”, atau bagi yang kreatif boleh juga menulis puisi atau syair yang ringkas tetapi berisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka tetapi mudah dijumpa oleh insan tersayang.
4. Hadiah ketawa : Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah,”Saya suka ketawa bersama awak”, “Saya suka cara awak ketawa” dan lain-lain. Tapi ingat jangan tersalah atau terlalu panjang mesej. Takut tersalah tafsir lain pulak jadinya.
5. Hadiahkan puji-pujian : Sesuatu yang ringkas seperti “ Sedapnya masakan awak”, “ Warna merah ini memang sesuai dengan awak. Nampak berkeyakinan”.
6. Hadiahkan bantuan : Tolong basuh pinggan mangkuk, tolong buang sampah, tolong mop/sapu rumah dan lain-lain kerja yang dapat meringankan beban isteri tambah lagi isteri juga bekerja untuk membantu ekonomi keluarga. Pertolongan ini dibuat tanpa dipinta oleh isteri.
7. Hadiahkan kejutan : sesekali hadiahkan sejambak bunga, sehelai tudung atau baju, bercuti di tempat yang menarik, barang kemas bagi yang berkemampuan, atau apa saja yang simple dan tidak memerlukan belanja besar seperti isteri keluar bekerja anda pula siap dan hidangkan makan malam bersama tanpa pengetahuannya anda juga boleh berpakat dengan anak-anak.
8. Hadiah bersendirian : Ada ketika kita hanya mahu bersendirian. Anda sebagai suami perlulah peka pada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendirian. Bawalah anak-anak keluar berjalan beberapa jam agar sidia dapat merehatkan badan dan fikiran tanpa gangguan buat seketika.
9. Hadiahkan keceriaan : Cuba sedaya upaya kita agar sentiasa ceria ketika bersama orang-orang yang dikasihi. Walaupun hakikatnya kita dilanda masalah, cuba untuk tidak memperlihatkannya. Janganlah hanya mengharapkan orang menceriakan kita tetapi berilah keceriaan kepada orang lain kerana member itu lebih baik dari menerima.
10.Hadiah Riadah : Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Walaupun anda tidak minat/suka dengan aktiviti berkenaan. Jangan buat muka tapi cuba tunjukkan kamu gembira dan enjoy melakukan aktiviti bersama. Kalah pun tidak apa kerana yang sebenarnya kamu masih menang.
11. Hadiahkan Doa : Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka bahawa mereka sentiasa ada dalam doa kita. Yang terbaik berdoalah dalam bahasa dan maksud yang kita faham. Barulah ada perasaan dan perasaan itu akan sampai.
No comments:
Post a Comment