Dengan nama Mu Ya Allah, tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang... Hanya kebaikan yang kami dambakan di setiap celahan ketetapan yang telah Engkau rencanakan... Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami.... serta bagi insan-insan disekeliling kami... Semoga kebaikan dan keberkatan dari rencanaMu menyebar dan dirasai setiap jiwa-jiwa yang beriman... Permudahkanlah jalan kami dalam melusuri setiap rencana yang kau tetapkan Ya Allah......

Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia

18/12/2012

Penduduk Islam kedua paling ramai di dunia

Penganut Islam menduduki tempat kedua sebagai penduduk paling ramai di dunia berjumlah 1.6 bilion orang, berdasarkan kajian oleh pusat kajian, Pew Forum on Religion and Public Life yang diterbitkan, hari ini.
Menurut pusat kajian itu, penganut Kristian merupakan penduduk paling ramai di dunia berjumlah 2.2 bilion iaitu 32 peratus daripada penduduk dunia.
Pew Forum on Religion and Public Life mengumpul data berdasarkan saiz dan penyebaran geografi ke atas lapan kumpulan agama utama termasuk yang tidak mempunyai agama.
Penganut Hindu merupakan kumpulan ketiga terbesar dengan satu bilion orang diikuti penganut Buddha sebanyak 500 juta orang.
Penduduk Yahudi pula berjumlah 14 juta orang iaitu kira-kira 0.2 peratus daripada keseluruhan penduduk dunia.
Kajian demografi di seluruh dunia melibatkan lebih 230 buah negara itu mendapati, lebih lapan daripada 10 orang iaitu kira-kira 5.8 bilion orang termasuk dalam satu kumpulan agama.
Kajian itu juga menunjukkan lebih 400 juta orang mengamalkan pelbagai tradisi lama termasuk tradisi Afrika, kaum asli atau agama dahulu kala.
Pew Forum on Religion and Public Life berkata, kajian itu berdasarkan hubungan individu dan agama, tetapi tidak mengukur sejauh mana amalan agama oleh individu tersebut. - AFP
 Utusan Melayu (M) Bhd

Semoga Allah melindungi dan menyelamatkan Islam serta umatnya.

No comments:

Post a Comment