Dengan nama Mu Ya Allah, tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang... Hanya kebaikan yang kami dambakan di setiap celahan ketetapan yang telah Engkau rencanakan... Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami.... serta bagi insan-insan disekeliling kami... Semoga kebaikan dan keberkatan dari rencanaMu menyebar dan dirasai setiap jiwa-jiwa yang beriman... Permudahkanlah jalan kami dalam melusuri setiap rencana yang kau tetapkan Ya Allah......

Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia

02/12/2012

Senda Gurau Suami Isteri

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia kahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya :
Suami : Lelaki kahwin 3 baru lah sah.
Isteri : Kenapa pulak?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, ‘satu’ is one, ‘dua’ is two, ‘tiga’ isteri (is three). Ha! Barulah betul dan sah.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang ‘singular’ dan ‘plural’.
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu ‘singular’, dua atau lebih tu ‘plural’.
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh…. Tambah huruf  ‘s’  untuk yang plural, lebih dari satu.
Isteri : Betul tu… sama jugalah untuk abang.
Suami : Macan mana pula boleh sama.
Isteri : Satu isteri abang MAMPU,  kalau dua isteri, abang jadi MAMPUS, tambah ‘s’ je kan bang?
Lepas daripada itu si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi. Hehehe…

No comments:

Post a Comment