Dengan nama Mu Ya Allah, tuhan yang mengikat hati manusia dengan kasih sayang... Hanya kebaikan yang kami dambakan di setiap celahan ketetapan yang telah Engkau rencanakan... Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami.... serta bagi insan-insan disekeliling kami... Semoga kebaikan dan keberkatan dari rencanaMu menyebar dan dirasai setiap jiwa-jiwa yang beriman... Permudahkanlah jalan kami dalam melusuri setiap rencana yang kau tetapkan Ya Allah......

Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia

18/12/2012

Mencari positif bagi sesuatu negatif

Untuk suami / isteri yang tidur berdengkur pada waktu malam, kerana itu bermakna beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.

Untuk anak / adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah bukan di jalanan berpelesaran.

Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

Untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

Untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci / digosok, kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

Untuk keletihan / kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

Untuk teguran dan leteran yang diterima, kerana itu bermakna kita masih mempunyai seseorang yang mengambil berat dan memikirkan kita.

Untuk jam loceng / alarm yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut.


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
 
Jika tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat, dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

No comments:

Post a Comment